G.E.N.G

nuffnang

Thursday, January 1, 2015

part 3 : road to japan (day 1 - arrival)

macam dalam mimpi je rasanya dapat berjalan-jalan sejauh ni...
tambah pulak ni first time aku naik flight...terus pergi jalan2 jauh terus...
ikut plan asal, member aku yg stay sini, Wani, akan pick up kteorg kat airport...
tapi since dia ada exam hari ni, so, x dapat la nak datang...
redah kota metropolitan ni dengan bantuan google maps serta berhubung guna whatsapp dgn Wani utk guideline...

first sampai airport Narita ni, kteorg mencari tempat utk pick up portable wifi dulu...dah story pasal wifi ni kat sini 
-----> part 1


member aku tengah pick up portable wifi utk kteorg...ada lagi beberapa telco yg ada servis camni...ada jugak yg boleh sewa handphone ngn simcard...



ni kawasan sekitar tempat pick up wifi kteorg..

setel dapat wifi je hapdet kat family ngn kengkawan kat tanah air inform kteorg dah selamat sampai...
setel menghapdet, terus ke toilet bersih2kan diri...kekok jugak masuk jamban bidet ni...hahaha...mujur member dah inform awal2 pasal toilet ni...lama2 rasa seronok jugak toilet camni sebab lantai toilet xde la bersepah dengan air...

bukan pe..kadang2 sesetengah org masuk public toilet ni tak reti nak sangkut balik getah paip lepas siap guna...kadang2 tu siap kepala getah paip tu masuk ke dalam lubang jamban...eeeuuuwwww...kalau xde tempat nak sangkut tu nak buat camne la kan...tapi bila ada tu x digunakan pulak...

destinasi kteorg hari ni nak ke Shibuya, Shinjuku & Harujuku untuk mengisi masa sementara nak tunggu member aku abes exam dia...

beli kad suica siap2 supaya mudah nak naik train...pe dia kad suica? boleh baca balik kat sini... 
---->kad suica
kteorg isi siap2 5000yen dalam tu..ingatkan cukup la..hari ke3 ngn ke4 kteorg top up lagi..dekat 9000++ jugak abes..dapat la dalam 700yen rasanya masa return balik kad suica tu...


dek kerana penat tak abes lagi, tambah pulak perjalanan train makan masa dekat 2 jam, abes terlentok tertido...terlepas stesen la jawabnya...mujur dapat recover balik ke jalan yg benar...maka dpt jugak la kteorg sampai ke destinasi yg dituju...




nampak tak beg kteorg bertiga semuanya besar gedabak? haaa...takkan la kteorg yg berbadan kecik kiut miut ni nak pikul beg besau camni ke sana sini jalan2...pikir masuk amazing race ke pe...hahaha...

yang bagusnya kat sini, semua stesen train ada locker pelbagai saiz untuk kita simpan barang...kira mesra pelancong backpackers jugak la..kos satu locker untuk simpan beg besau camni dalam 300yen...wajib guna syiling...melilau jugak la kteorg cari kedai untuk pecah duit..

tukar kat money changer dapat duit 10000yen seketul..melilau cari kedai yg jual air mineral & cari benda nak makan...jumpa la pisang...harga sebijik pisang tu bak kata member aku boleh beli seetandan pisang kat sini...hahaha...tapi sebab lapar sgt..kasi pejam mata je la...

mujur la kedai yg kteorg masuk tu tak complain bnyk bila hulur 10000yen utk bayar barang yg kos dlm 200yen..selalu kat sini cashier mesti tanya dulu ada duit kecik tak...paling tak pun ada yg buat muka x puas ati...hehehe...ni siap 3 org nak byr dgn cara yg sama...still boleh senyum lagi masa terima ngn hulur duit baki...


ni locker kat stesen shinjuku...kteorg simpan beg kat sini pastu baru rayap2...terasa ringan betul bahu bila dapat drop beg untuk simpan kat sini..

merayau2 la kteorg sekitar shibuya & shinjuku masa sebelah siangnya...


basikal pun ada privileges parking kat sini..ada kat mana ntah aku ternampak siap parking dua tingkat untuk tempat basikal...xde la banyak sgt makan asap bila jalan kaki dalam bandar sebab bilangan kenderaan bermotor x banyak atas jalan raya...



uniqlo kat sini memang murah dari kat malaysia...opkos la kena lagi murah sebab uniqlo ni kan brand jepun...xkan la kat tempat asal pun nak mahal kan?

macam baju inner yg aku cte kat part 1 tu, kat malaysia aku beli dgn hrga RM59.90..kalau kat sini baju yg sama boleh dapat dengan harga separuh dari tu...nanges tengok harga ni T_T...sama jugak dengan baju2 sejuk kat sini..kalau nak dibandingkan dengan harga kat malaysia ngn jepun ni, ada yg beza sampai 50 hengget jugak la..baju pulak memang sebijik2 sama...hahahaha...nyaris nak terbeli jugak tapi mengenangkan ntah bila lagi nak pakai baju tu, aku pun simpan je la niat tu...

member aku, Zaza, beli jugak la sehelai baju sejuk tu...memandangkan badan kteorg ni semua kecik2 je, Zaza ni pun cari baju sejuk kat department kanak2 sebab kos lebih murah...hehehe...opkos la amik saiz kanak2 yg paling besar but still sesuai dengan saiz bdn hokkkayyy...hehehe...

misi kteorg kat sini adalah untuk mencari kedai makanan yg halal berpandukan segala blog pelancong2 malaysia yg dah sampai kat sini...ada banyak jugak sebenarnya tapi susah jugak nak jumpa..mungkin kedai dah berpindah atau kami salah faham arah...tapi akhirnya jumpa jugak satu kedai makanan malaysia...


gambar pinjam dari website malay asian cuisine

seketul bendera malaysia siap dengan twin tower lagi kat nama kedai tu...
menu kat kedai ni memang macam kat malaysia...nasi goreng kampung...nasi goreng ayam..pattaya suma ada...rupa2nya kedai ni jadi port Wani bila rindu nak makan makanan malaysia...
ada jugak kuih muih...lupa pe je kuih yg ada...teh tarik pun boleh dapat kat sini...

untuk aku, aku order nasi goreng kampung dengan jus nanas...serius sedap...tapi bezanya ikan bilis kat sini besar betul...pastu xde la jumpa ayam or daging dalam nasi goreng ni sebab nak dapatkan bekalan yg halal rumit sket...so, mostly sotong, udang ngn ikan bilis yg mewakili kaum binatang yg dimasak...hehehe...sotong pun best sebab segar & besar2...


tadaaaaa!!!!
nampak x seketul sotong yg besar tu? dalam nasi tu pun ada banyak lagi...siap sambal dengan keropok lagi haaaa...betul2 feeling mcm makan kat malaysia sangat...
harga menu yg aku makan dalam 1200yen klu tak silap aku...kalau konvert duit malaysia? rm30 lebih kot...hahaha...asalkan perut aku kenyang...yeddok??


bunga pahar pun jadi hiasan kat sini...


kotak2 yg susun kat atas rak tu teh Boh..dorang buat teh tarik guna teh ni barangkali..


kat sini dalam kol 4.30 petang dah macam nak magrib..masa sampai kedai ni, kat luar cerah lagi..masa balik hari dah malam...lama jugak la kteorg merehatkan badan kat sini..penat dok 8 jam dalam flight pun x hilang lagi, kami dah tambah penat berjalan2...lapar tu jgn cte la...lalu depan kedai kebab nyaman betul la bau daging tu haaa...tapi nak beli tu x nampak pulak sign halal...so, bukak biskut tiger makan sambil membayangkan makan kebab...hahaha...sadis betul rasa...

belah malamnya, kami jalan2 kat shinjuku..shinjuku ni merupakan antara bandar yang tersibuk di dunia...aim kteorg nak ke sini sebab nak merasa kesibukan tu...hehehe...



haaaa...nampak tak betapa ramainya umat manusia yg dah standby nak melintas tu...

masa belum boleh melintas tu orang ramai la jugak sekitar laluan melintas tu...bila dah dekat waktu nak melintas tu je, ramai betullah yang menunggu..jalan nak melintas pun bukannya sehala je...3-4 cabang jugak la...dengan baju masing2 kaler pun lebih kurang je...terpisah jap aku dgn member2 tapi disebabkan kteorg ni pakai kaler yg berbeza dari org2 kat sini, so, senang nak detect...

x sure member aku Pipah & Zaza ada rekod x video kesibukan masa melintas jalan kat sini...kalau ada nanti aku hapdet kat sini...

last destination kami hari ni Harujuku..

ada satu tragedi masa kteorg nak ke sini...

kteorg gerak ke Harujuku dari Shinjuku masa peak hour...maknanya, train memang super duper sesak la masa ni...rushing kejar nak naik train punya pasal, Zaza, terlepas nak naik satu train dengan kteorg...aku dgn Pipah ni berharap la Zaza ni paham gerak mulut kteorg dari dalam train ni bagitau yg kteorg akan tunggu kat stesen Harujuku...

kteorg berdua ni tunggu la kat stesen Harujuku ni utk tggu next train yg akan sampai...sampai je train seterusnya tu, kteorg cari Zaza ni terus...tak susah nak detect sebab Zaza pakai baju sejuk kaler hijau flourescent macam highlighter faber castell tu...hahaha...memang ada hikmah jugak pakai baju kaler mencapub ni kat sini...kihkihkih...


dah macam adegan jejak kasih bila Zaza ni dapat berkumpul balik dengan aku & Pipah..mihmihmih...

kat Harujuku kami pergi ke kedai Daiso sebab nak cari bekas makanan & souvenirs...barang2 kat sini kiut miut betul...seksa tahan godaan kat sini...kedai2 sebaris Daiso ni pun boleh tahan jugak sale sana sini...baju, boot, sweater, kasut mostly sale belaka...macam nak berdarah hidung menahan nafsu shopping...

tahankan jugak la nafsu tu sebab memikirkan parents aku kirim beli jam tangan sepasang..takut x ckup duit kalau aku dah berjimba sangat...dapat je jam yg dicari tu, barulah aku shopping dengan tenang...tapi xde la sakan mana...bila balik dari merayap tu, kira ada la hasil tangkapan aku...

gambar x banyak mana kat sni sebab bateri dah kong..tggu sedut gambar dari Zaza ngn Pipah dulu nanti sambung hapdet part ni lagi kasi meriah dengan gegambo...

setel urusan beli belah, kami patah balik ke Shinjuku untuk amik beg & terus ke Takao untuk menuju ke rumah Wani...serius penat betul masa nak menuju ke Takao ni...
tambah dengan cuaca yang sejuk betul malam ni...memang rasa nak pejam mata berehat sangat2 da ni...seharian kami berjalan kaki meronda 3 bandar ni...duduk pun kejap je...
tak tahu lah dah berapa juta langkah berjalan... 
*yg ni memang over bunyinya*

kalau kat sni, LRT kita ada air-cond yg sejuk...memandangkan sekarang musim sejuk, suhu dalam train ni la antara tempat paling selesa sebab ada pemanas kat bahagian kaki...dah penat2 dapat memanaskan badan ni buat kteorg abes tiga2 terbabas tido lagi..tersedar je terus turun kat mana2 stesen terdekat & roger Wani untuk rescue laluan train yg betul utk sampai ke Takao...sejuk gigil2 da masa kat stesen train tu..mujur ada hand warmer...hangat la kejap 
----> kisah hand warmer

selamat jua akhirnya sampai ke Takao...muka bahagia gler bila nampak Wani dah tggu kat entrance sebab dah terlalu penat untuk hari ni...rumah Wani pun tak jauh mana dengan stesen Takao..paling best rumah dia kiut betul...memang muat2 untuk tinggal seorang je...mujurlah bilik tidur dia lapang la sket...muat la kami bertiga yg dtg menumpang berteduh ni...

kalaulah ada rumah camni kat Petaling Jaya tu rasanya xde la berasap kepala nak bayar sewa rumah kot...hehehe..sayang lupa nak mintak permission Wani nak amk gambar dalam rumah dia...bukan pe..tiap kali balik dengan keadaan kepenatan...sampai rumah dia memang target nak mandi, pillow talk sket pastu terus tdo...

lewat jugak kami tdo...bese la bila jumpa member lama ni dia punya sembang tu memang susah betul nak stop...pillow talk pun sampai tertido masa member bercerita...target esoknya kol 8 pagi dah ada kat stesen Takao untuk ke Tokyo Disneyland..berjaya x? ada sesat2 salah train lagi x? hahaha...nantikan...

sebelum tido masak nasi goreng untuk bekalan ke Disneyland esok...

Tokyo Disneyland, mu tunggu kteorg datang!

stay tuned to part 3!!!

melangkah ke 2015

3 hari bergelap dek kerana kawasan pencawang letrik dinaiki air banjir..
kira jadi mangsa banjir jugak ler sebab terkepung nak pegi mana-mana...
boring2 masa petang pegi jalan2 kat tempat banjir untuk tengok keadaan semasa..

2014 ditinggalkan dengan pelbagai kenangan...
2014 antara tahun yang penuh dugaan jugak...
2014 jugak tahun yang x rajin hapdet blog...
hahaha..

okay..sambung mengarang untuk kisah travelog ke negara matahari terbit...


Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com