G.E.N.G

nuffnang

Friday, December 2, 2011

kerana wanita itu memang sukar difahami

penah alami situasi awek korang merajuk pastu korang xtau nk pujuk?

da wat dia terguris @ tercalar hati tu pandai-pandailah pujuk balik...
sebab pe ramai lelaki susah nk pujuk perempuan?


memandangkan aku ni memang perempuan tulen, so, aku rasa nk share la sket sebab-sebab npe lelaki ni susah nk pujuk perempuan...
ni bukan pandai2 aku reka tapi ni hasil daripada bacaan aku serta pengalaman peribadi dan cerita daripada kawan-kawan perempuan aku...


kat sini aku bagi beberapa situasi yg selalu terjadi :


1) tengah GF tu mood baek tbe2 mood dia berterabur ke laut


kalau tbe2 jadi cmni, cuba korang recall balik pe yg korang da cakap atau wat kat dia paling lekeh pun 3-5 minit sebelum kejadian...nk praktik cara ni korang sendiri tu pun kenalah alert ngn perubahan mendadak cmni...back to the story...skill yg ni korang mmg perlu byk wat flashback pe yg korang da wat kat GF...kalau bukan sebab 5 minit yg lepas, undur lagi flashback korang sampai korang dapat jumpe puncanya...




perempuan ni kalau da merajuk mmg x akan sesekali bagitau sebab pe dia merajuk...lagi didesak nnt lagi dia akan mengamuk...kalau dia nk bgtau pun mujurlah...tp biasanya dia x akan bagitau keseluruhannya...susah kan? perempuan jadi mcm ni bukan saje nk menggedik suruh dipujuk semata-mata tapi sebagai satu protes utk minta diri mereka lebih dihargai supaya lebih peka terhadap mereka...




kalau x cya, korang wat sendiri perbandingan nk pujuk budak kecik lelaki ke perepuan lagi susah? so, memang da azali perempuan ni dari kecik mmg susah untuk dipujuk hatinya...


2) jangan mintak perempuan fahami diri anda sebelum anda benar-benar faham hati mereka


besenya, sebelum nk couple ni lelaki la yg keje tackle perempuan...jarang kes perigi cari timba ni berlaku...da tau korang yg nak kat dia, jgnlah nk expect lebih yg dia akan faham diri korang sepenuhnya...korang yg beriya nk tackle perempuan, pastu nak perempuan yg faham hati korang plak...




sepatutnya, da tau nk tackle tu, korang la yg patut selami hati & perasaan dia dulu...korang patut faham pe dia suka, pe dia x ske...mcm2 lagilah...




bila korang da master suma tu, hati perempuan ni akan slow2 untuk lebih menghargai dan memahami diri korang...yelah da ada lelaki yg sungguh-sungguh memahami dia, xkn dia xnk cuba faham hati korang plak kan?


3) bagi kelonggaran untuk dia wat pe yg dia minat


ni satu lagi masalah...da tau dapat GF yg ske bergerak ni, jgnlah nak sekat dia or tambat dia suruh dia duduk dkt rmh sepanjang masa dengan alasan suruh dia belajar jadi isteri yg baik...come on lah...perempuan zaman sekarang ni bukan cam perempuan zaman dahulu kala tu yg selalu terperap dalam rumah jadi suri rumah sepenuh masa...perempuan zaman sekarang pun boleh wat banyak benda yg lelaki wat gk...




contohnya korang ni dapat GF yg suka mendaki gunung...bagi je lah dia wat...ckup sekadar pesan supaya jga keselamtan diri dia dan doakan keselamatan dan kesejahteraan dia sepanjang dia xde tu...


bukannya dgn mengongkong dia dengan x bagi dia pergi or korang ni pegi listkan sampai 10 muka surat 'list of do and don't' sebagai syarat utk dia pegi...mau x tertekan dia nanti...sepatutnya korang support pe dia suka...laenlah kalau GF korang tu suka kua tgh2 mlm lepak ngn geng2 minah rempit..kalau yang tu mmg wajarlah korang sekat dia sebab benda tu mmg x elok pun...


selagi belum kahwin ni, bagi je lah dia wat aktiviti favourite dia...nanti esok2 da kahwin dia da kena tumpukan perhatian dia kat family...lagi-lagi kalau da ada anak sederet nnt...xkn la dia nk kendong anak korang tu pegi mendaki gunung plak kan?at least nanti dia ada cerita untuk diceritakan kat anak2 korang nanti...




xde lah tiap2 mlm sebelum tido asyik nak bacakan cerita fairytale je...sudahnya nnt bdk2 tu tau nk berangan je...sekali skala dapat gak dia cerita pengalaman dia yg hebat tu...setidak-tidaknya, anak2 tu nnt akan lebih mengagumi ibu bapa mereka sendiri daripada mengagumi watak Aladdin yg ada teko ajaib tu...


4) jgn merungut @ mendesak GF korang kalau pegi teman dia shopping


lumrah perempuan mmg sukakan shopping...masa ada duit shopping...tgh kering poket window shopping pun jadi...kalau berjalan seharian untuk shopping mmg perempuan akan rasa puas & susah nak letih @ penat...samalah mcm korang lelaki2 kat luar tu yg suka men game...korang men sepanjang hari pun x kisah sebab tu mmg korang minat...sama lah mcm perempuan...




jgn menyesal kalau korang da setuju untuk teman dia utk shopping...sebab perempuan kalau da shopping mmg akan masuk berpuluh kedai utk cari barang yg dia nak tu...contohnya masa nak beli kasut...kalau mall tu ada 10 tingkat sekalipun, xkn ada satu pun kedai yg tercicir dari dia masuk untuk survey design serta harga yg dia nak...lebih kurang camtulah nk diibaratkan sifat perempuan ble tgh shopping..




da tau camtu, tgh dia memilih barang yg dia nak tu, jgnlah korang merungut or desak dia suruh cepat dgn alasan korang da penat...lenlah korang bagi alasan mak nk datang rumah ke...nk jemput adik balik sekolah ke...at least bagilah alasan yg x menyakitkan ati sgt...


nanti kalau korang desak dia suruh cepat, pastu dia pun grab je mana2 barang tanpa meneliti sepenuhnya, siap sedialah telinga korang utk dgr dia membebel x puas ati sebab korang suruh dia cepat....so, cara paling senang untuk selamatkan diri daripada kena berjalan masuk byk2 kedai, cuba cara ni : 


a) tanya pe dia nak cari 
b) bila da tau tu, pastikan korang mempunyai pengetahuan yg luas tentang tempat utk mencari brg yg dia nak tu...
c) pastikan tempat tu memang byk pilihan utk dia
d) bila dia tanya tentang barang yg dia nk pilih tu, bagilah idea yg bernas...bukan bagi lawak bodoh yg menyakitkan hati...
e) pakailah pakaian yg paling selesa dgn korang utk teman GF pegi shopping!


susahkan nak paham perempuan ni?
ni just secebis pengalaman diri dan kawan2 perempuan aku yg lain plus dgn hasil bacaan aku sendiri...


p/s :  semoga hati ini tidak terluka lagi.... ^___^  *mo0d jiwang terlajak*


by : serangkai 1

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com