perkara paling mendebarkan bila da abes blaja kat IPG ni ialah bila menunggu saat untuk mengetahui tempat yang akan di'posting'kan...
masa isi borang penempatan tu memang kita boleh pilih pun negeri mana yang kita nak..
tapi kalau kekosongan tak cukup kat tempat tu, kita memang akan dihantar ke mana-mana tempat len yang mempunyai kekosongan dan yang paling penting tempat-tempat tu selalunya di kawasan pedalaman la...
huhuhuhu
|
bila kat pedalaman, pegi sekolah pun naik bot... |
memang benda normal la guru baru ni kena hantar kat tempat camtu...
alasannya supaya bagi cikgu-cikgu lama untuk balik ke tempat asal mereka...
ada juga yang menyatakan cikgu baru ni mampu membawa perubahan untuk kemajuan pendidikan di sekolah-sekolah pedalaman ni...al-maklumlah, freshie graduate katakan...
sebab tu lah cikgu-cikgu baru ni banya dihantar ke ceruk-ceruk dunia kat Malaysia ni...
tak pun supaya cikgu baru ni rasa sket cabaran jadi cikgu ni...hehehehe...
dua tahun lagi aku pun akan mengalami perasaan ni....
menanti saat pengumuman kat mana bakal di'posting'kan...
kadang-kadang terpikir jugak nak merasa mengajar kat Sabah & Sarawak tu...
sebabnya aku pikir zaman bujang ni la masa nak rasa cabaran camni...
lagipun kat sana memang banyak tempat-tempat menarik yang aku nak pegi holiday macam Pulau Sipadan tu...kira sambil menyelam minum air gak la ni...
|
satu pemandangan kat Pulau Sipadan |
kalau da beranak-pinak baru kena ngaja ke sana, cm susah je aku rasa nak berangkut pindah balik semenanjung nanti...hehehe...
*merancang masa depan...hahahaha*
berani kan??
ye lah tu...sebenarnya aku takut gak untuk pegi ke sana...
first, aku takut nanti payah nak mintak tukar balik semenanjung...al-maklumlah tak nak jadi sebatang kara tiggal kat tempat orang...hehehehe
second, aku dengar-dengar orang kat sana masih banyak mengamalkan macam-macam kepercayaan serta ritual keagamaan masing-masing...kira macam bomoh-bomoh & pawang ni hebat gak kat sana...hutan pun tebal lagi kat sana...yang menjadi masalah kat aku ni sebabnya aku ni jenis suka berjalan sana sini + mulut memang suka bercakap & kadang-kadang tu ada je terlepas cakap...klu tak, xde la aku sampai demam lepas balik camping dalam hutan sebab aku tertegur pe bnda ntah...tu baru kat semenanjung lagi...hehehe...
thirdly, aku takut aku payah nak biasakan diri kat sana...kat semenanjung ni kol 7 besenye baru cerah...kat sana awal lagi dari tu...plus, even aku ni memang suka makan, bila ada kat tempat baru selera makan aku memang low sket sebabnya lambat nak biasakan dengan cara masakan tempat tersebut...hahahaha...bab makan memang x bley tinggal...
09/01/2012 baru ni tarikh keramat untuk senpai aku sebabnya tarikh tu la diaorg tau ke mana akan bakal dipostingkan...
tapi dek kerana ada insan-insan yang xde integriti ni menggunakan kabel @ orang dalam supaya diaorang tak dihantar ke pedalaman, maka, berlaku sedikit rombakan terhadap keputusan tersebut...
yang menjadi mangsa keadaan senpai yang da kahwin la...
elok-elok suami isteri dapat satu negeri, da kena hantar len negeri pulak...
dulu masa interview bukan main sign borang setuju kalau dihantar ke mana pun even ke pedalaman...
cakap depan org yg interview kita tu pun bukan main berapi...
aku bukanlah nak berlagak or memang nak sangat-sangat pegi pedalaman...
da masuk link kerajaan ni redha je la kan??
lagi satu, aku rasa x adil la bila men guna orang dalam untuk kesenangan sendiri...
aku paling tak suka orang yang senang atas kesusahan oran lain...
rumusan tempat-tempat posting senpai IPG aku, paling ramai dihantar ke Sarawak adalah dari course Maths...
aku ulang, Maths ramai dihantar ke Sarawak dan dengan rasa bangganya aku mengumumkan aku pun course Maths...
hahahaha...
so, senpai yang da tahun akhir tu silalah beramai-ramai ke sana lagi supaya nanti sampai turn kitaorg tempat-tempat tu da penuh...
huhuhuhu...
Ketua Jabatan maths pun cakap InsyaAllah batch kitaorg x ramai da yang akan ke sana nanti...
tu aku xtau la ayat dia untuk sedapkan hati kitaorg atau benda tu memang betul pun...
|
statistic data dari IPGKDRI |
p/s : kat mana la aku dua tahun lagi nanti...rasa macam nak apply kat Johor...tak pun kat Negeri Sembilan ^__^
by : serangkai 1