G.E.N.G

nuffnang

Wednesday, May 16, 2012

happy teacher's day!

semua yang pernah pergi sekolah akan tau 16 mei ni hari pe...

16 mei ialah sambutan hari guru bagi negara malaysia...
tarikh sambutan hari guru adalah berbeza pada setiap negera...
contohnya Indonesia...hari guru di sambut pada 25 November setiap tahun...
Russia menyambut hari guru pada 5 Oktober...
Taiwan pula menyambut hari guru pada 28 September...

klik SINI untuk mengetahui sambutan hari guru bagi negara-negara lain

hari guru ni diadakan sempena memperingati jasa & pengorbanan guru-guru mengajar kita...
hari-hari kita pergi sekolah dengar cikgu dok bebel, marah, ajar kita...
so, why not ada satu hari untuk kita hargai jasa & usaha guru-guru kita...
ingat senang ke cikgu-cikgu ni nak ajar kita bagi pandai???

dulu masa sekolah, aku ni kategori nakal jugak la...
nakal2 aku pun x penah lagi kena tahan sampai masuk bilik cikgu disiplin...
kira kategori nakal aku ni tahap mengganggu ketenteraman awam je...
aku ni bukan jenis yang boleh dok diam lama pn...
kalau xde pen @ pensel ngn kertas memang alamatnya org dok sebelah aku akan jadi mangsa...
paling tidak pun alat tidak pun alat tulis aku akan jadi roket, jongkang-jongkit, ngabeskan pemadam...bla..bla..bla...


naluri aku memang jenis suka bermain...
dari mula masuk darjah satu sampailah sekarang ni...
ibu aku pun penah cakap aku ni umor je da 20 tahun tapi perangai mcm budak 12 tahun...
x boleh dok diam lama... 
kacau org sana sini...menyakat org mmg feveret aku...
agak2nya aku ni mmg ada ciri-ciri hyperaktif kot...
kalau x aktif xdenye aku ni berparut sana sini sampai lutut pun injured sebab cedera masa tgh main...
hehehe...

bila da nak jadi cikgu gak ni, baru aku tau betapa peritnya nak bagi anak2 org ni pandai...
lagi perit bila anak murid ramai...
memang terasa kesusahannya...
bila da jadi gini, memang aku akui pepatah,

"what's goes around comes around"

apa yang kita buat pada masa lalu akan jadi balik kat kita satu masa nanti...
amik ko sebijik!
sape suruh nakal dulu masa sekolah...
bila dpt anak murid yg super nakal baru padan ngan muka aku....
bila jadi gini seyes aku rasa nak undur balik masa jadi budak sekolah semula tapi versi yang sgt skema & x nakal2 cm dulu da...
tapi apakan daya...mana bley wat gitu...
so, yg penting skrg semangat & usaha aku untuk mendidik anak2 murid aku ni supaya jadi org yg berjaya dalam hidup mereka...

panjang aku dok bebel ni...
well...cikgu kan...
skali suruh bercakap memang panjang je hujahnya...
sebelum aku menamatkan entri kali ni, aku nak wish,

SELAMAT HARI GURU!!!

selamat hari guru buat semua guru-guru serta pensyarah yang pernah mengajar aku di :

1) SK Pengkalan Rinting, Johor Bahru 
(1997, 1 Cempaka)
2) SK (LKTP) Jenderak Selatan, K.Krau, Pahang 
(1998-2001, 2 Jujur, 3-5 Ikhlas)
3) Pasti Ummu Khalidah, Temerloh, Pahang 
(kelas fardhu ain 2000-2002)
4) SK Tanjong Lalang, Temerloh, Pahang 
(2002, 6 Zuhrah)
5) SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang 
(2003-2006, 1-3 Bestari, 4 KRK)
6) MRSM K.Terengganu 
(2006-2007, 4T, 5C, PRS)
7) Kolej Matrikulasi N.Sembilan 
(2008, F3P6, LDK 69)
8) IPG Kampus Dato' Razali Ismail 
(2008-2013 insyaAllah, Mathematics 1)

*aku banyak kali tukar sekolah masa sekolah rendah bukan sebab terlalu nakal sampai dibuang sekolah tetapi ikut parents yang mengajar*

tak lupa jugak buat ibu & abah, cousins & kawan2 yg da bergelar cikgu serta kawan2 yg bakal jadi guru gak x lama lagi!!!

HAPPY TEACHER'S DAY TO MY PARENTS!!!

by : serangkai 1

3 comments:

  1. baru tau rusia ngn taiwan sambut hari guru hari lain

    ReplyDelete
  2. kumbang jingga : igtkan dulu satu dunia tarikh sama...beza2 rupa2nya
    fairuz : tq =)

    ReplyDelete

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com