G.E.N.G

nuffnang

Tuesday, October 30, 2012

Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin

Ada yang pernah tanya aku camni,

"ko dgn dia bila nak kahwin?"

aku jawab,

"tunggu aku ngn dia da cukup duit...kalau x aku kahwin nanti nikah je la...xde kenduri jemput org dtg makan-makan...kang ko kecik ati plak kan kalau aku wat camtu...."


dibalas plak camni,

"pe susah, mintak la parents ko sponsor..."

aku jawab lagi,

"banyak cikadak ko nak parents aku plak sponsor suma skali...kalau setakat sponsor kad kahwin ke pe munasabah la sket..."

x nak kalah lagi tu...maka dibalasnya kat aku lagi camni,

"pergi buat loan la kat bank...lagi senang..."

aku pun xkan la nak senyap org dok pangkah aku...makanya aku pun jawab la camni....

"perrghhhh...kahwin pun ko nak pakai loan?jadah pe...ko nak wat loan bape? 10 ribu? 20 ribu? x nak aku kahwin pakai duit loan...siap majlis nak kena tanggung hutang kahwin plak...sebab tu ramai bercerai-berai...kahwin pun nak berhutang...kalau da bercerai berai gitu, duit hutang kahwin pun jadi masalah la...kalau aku la nak kahwin, lebih baik aku guna duit yang kumpul sendiri...biar majlis sederhana janji bukan berhutang sana sini...patutnya lepas kahwin, duit tu spend untuk beli barang-barang kelengkapan rumah ke...saving wat g umrah ke...xpun beli rumah sendiri...xpayah nak menyewa da...x kuasa aku nak menambah hutang lagi..."

makanya, terdiamlah si polan tersebut...

iklan2 pinjaman wang yg buat ramai rambang mata...
yg untung nanti Aida, Fariq & rakan-rakan jugak...

seriously, aku sangat x setuju ngan cara wat loan untuk kahwin tu...
kalau rasa terdesak sangat nak kahwin, wat je la yg wajib tu...
pastu wat la makan2 ala2 open house tu je...
x payah nak beriya ada photographer bagai...
x payah nak ada pelamin bagai...
x payah hantaran bagai nak rak suma tu...
nak camtu?

kalau aku pun xnak buat camtu je....
kahwin biarlah sekali seumur hidup tapi biar jadi satu perkara yang akan diingati sampai bila2...
tapi buat majlis tu pun, biarlah ikut kemampuan kita...
dan yang paling penting, biarlah pastu kita x menanggung mana-mana hutang sebab lepas kahwin, banyak benda lagi yg patut kita pikirkan...
*ecece...ayat macam org da penah kawen jerrr...*

satu hari tu, aku jumpa la satu tips camne nak menyimpan duit untuk majlis perkahwinan...
jangan ada yang pinjam dengan ah long plak suda la semata-mata nak kawen...
tu memang mencari nahas namanya...

1) Simpan RM 250.00 setiap bulan
2) Ulang sampai 36 bulan @ 3 tahun
(RM 250.00 x 36 = RM 9000.00)

Jika tidak mencukupi,

pakat dengan bakal suami/isteri untuk simpan duit sama-sama
(RM 250 x 2 x 36 = RM 18 000)

Kalau x cukup lagi, gandakan simpanan...so, RM 500 sebulan setiap orang

(RM 500 x 2 x 36 = RM 36 000)

cara bajet :

1) RM 10 000 = kenduri belah perempuan (bajet ekonomi)

2) RM 20 000 = kenduri belah lelaki & perempuan (bajet lagi ekonomi)

3) RM 38 000 = kenduri belah lelaki & perempuan (bajet sederhana tinggi)


not bad jugak la ni kan?
kalau rasa nak wat kenduri grand macam retis tu, sila la cari sugardaddy yg kaya2 bagi yg perempuan & jadilah gigolo yg berjaya bagi lelaki....kekeke

jgn cakap aku plak yg ajar korang jadi perempuan or lelaki simpanan plak nnanti...
aku tembak karang...

kalau rasa nak mudah menyimpan, pakatlah dgn bakal suami/isteri untuk buat akaun bersama...
potong gaji tiap2 bulan...

xde la rasa perit sgt nak bawak cash sampai RM 500 untuk pergi simpan kat bank tu...
da potong siap2 untuk majlis kahwin...
duit gaji yg lain tu blh la wat plan len...
nak berjimba je...belanja family ke..ikut suka korang la...

kalau rasa nak kahwin cepat, pakat2 la smpan duit lebih banyak lagi setiap bulan!

kalau da jodoh tu, x ke mana jugak...
doakan kami cepat2 dapat naik pelamin jugak...
hehehe =)

by : serangkai 1

4 comments:

  1. Boleh diaplikasikan. ngeh3 :) tp mmg betul laa. Xkn kawin pun smp nak loan. kang da beranak pinak, loan kawin pun x settle2 lagi. huhuu

    ReplyDelete
  2. kan...kalau blaja tu pun da hutang ngn PTPTN, xkan la nak menambah lagi hutang ngan loan utk kahwin...sampai mati nnt hidup keliling ngan hutang je...

    ReplyDelete
  3. Hidup kita perlu ada target.. jgn mengharap duit hutang..sebab itu merugikan dan menyusah hidup kita adela..interest bank boleh mencecah 4kali ganda dr duit kita perlukan..beringat2la.. jangan lah hidup ini dikeliling hutang.. penyakit hutang menanggung sengsara. AWAS SAY NO HUTANG!!!

    ReplyDelete

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com