G.E.N.G

nuffnang

Saturday, October 20, 2012

Kenal pasti lokasi AES di tempat anda

lama betul aku x update kat blog ni...

Ramai yang tengah kecoh-kecoh pasal AES ni...
aku yg belum ada lesen kete lg ni pun terasa gak la tempias gerun ngan benda alah AES ni...
bukannya gerun nampak hantu ke pe pun tapi risau kena saman free2 je...


apa tu AES?

AES ni adalah satu shortform kepada Automatic Enforcement System...
lebih kurang macam speedtrap jugak la tp yg ni aku rasa macam kejam sket...
fasa pertama AES ni dipasang pada kawasan2 panas iaitu di Perak, Selangor, Putrajaya & KL utk mengesan pemandu yg memandu melebihi had laju & jugak manusia2 yg suka langgar lampu isyarat...
lokasi awal pemasangan AES -----> LIHAT DI SINI

ni lah wajah AES tu...kredit gambar encik google

masuk fasa kedua, AES dipasang sebanyak lebih kurang 817 lokasi panas di seluruh Malaysia iaitu kawasan2 yg di spot sebagai kawasan yg kerap berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian yang tinggi... sumber ---> BACA DI SINI

Bab pasang kat lokasi panas tu aku memang setuju la..
at least pemandu2 kat Malaysia ni akan lebih berhati2 bila memandu & x la asyik memandu melebihi had laju...
lagi satu, benda alah AES ni secara tak langsung mengajar pemandu2 ni supaya x langgar lampu isyarat even masa tu pukul 3 pagi & xde kete lain pun masa tu sebab AES ni bukan aktif pada musim2 tertentu je sebaliknya fully-operated 24 hours per day...
dlm agama pun ada ajar...kita nak wat jahat pape memanglah orang x nampak tapi Tuhan nampak pe yg kita buat...
so, ikut je la kan peraturan jalan raya tu...utk keselamatan bersama jugak...

TAPI.......

bila aku baca balik lokasi2 AES ni, ada certain part yg dipacakkan AES ni aku rasa macam nonsense sket...
ada sesetengah lokasi tu wat dekat ngn hospital...
kenapa nonsense? 

andaikan korang ni dalam perjalanan nak ke hospital sebab hantar someone yg tengah tenat macam ada orang nak bersalin la misalnya...
aku jamin masa tu korang akan drive agak laju untuk korang anta org yg da nak bersalin sgt2...
tapi pe perasaan korang bila lepas beberapa hari, satu surat saman nebgatakan korang memandu melebihi had laju dan lokasi kejadian plak dlm perjalanan korang anta org yg nak bersalin tu...
tambah menyedihkan kalau had laju kat situ 110 km/h tapi masa kejadian korang direkodkan memandu 111 km/h...
kalau camtu, kesianlah kat pemandu2 ambulans...
x gitu? hehehe...

ni lah hasil tangkapan oleh AES...kredit gmbr kepada encik google jugak...

lagi satu...

bila aku baca balik list lokasi AES ni beserta dengan had laju yg dibenarkan, ada sesetengah tu aku rasa macam x masuk akal sket...
ada satu lokasi tu kat KM 99 Jalan Kuantan-Segamat di daerah Rompin...
memang x dinafikan pun banyak kemalangan maut kat jalan Kuantan-Segamat ni...
tapi yang memusykilkan aku kenapa kat KM 99 tu had laju yg dibenarkan hanyalah 30 km/h...
ye...hanya 30 km/h sahaja yg dibenarkan...

setahu aku had laju camtu utk kawasan sekolah...
tapi aku x pasti ni adalah betul kawasan sekolah atau x...
sape2 yg tau details tempat ni blhlah share...
ada lagi beberapa tempat yg cuma dibenarkan memandu 30 km/h sahaja...

untuk cek lokasi-lokasi AES di seluruh Malaysia, bolehlah klik kat sini -------> LOKASI AES
untuk semak lokasi AES had laju mengikut negeri, boleh klik kat sini ------> LOKASI AES MENGIKUT NEGERI
untuk semak loasi AES lampu isyarat, boleh klik kat sini -----> AES LAMPU ISYARAT
kalau sape2 yg da kena saman tu, boleh cek kat sini utk tgk sama ada masih boleh dapat diskaun atau x ------> SEMAK DISKAUN SAMAN
untuk sebarang pertanyaan berkenaan AES ni, boleh baca kat sini -----> APA ITU AES?
kenali jenis-jenis kamera AES ----> JENIS KAMERA AES

amacam?
geram? marah? x suka? x puas hati?
sama2lah kita berhati-hati di jalan raya...
nampak kamera AES, jgn lupa bukak tingkap & senyum pada kamera tersebut...kekekeke...

PEACE NO WAR YAW!!!

by: serangkai 1

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com