G.E.N.G

nuffnang

Tuesday, September 20, 2011

30 perkara perempuan tak sempat luahkan pada lelaki (part 2)

part 1


 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! (salah agak kena marah nanti baru padan muka)

 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta...(kalau semua kita yg nk bagitau lecehlah....)

 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (nama & muka pn da x bpe nk igt...gane la nk ada selalu dlm fikiran...ish3...)

 22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (salah cara blh jadi stok marah gak)

 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.(nk tackle pegi tackle sendiri la bro...)

 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (kalau x paham-paham lagi sila jangan bercinta)

 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

 27. Senjata wanita adalah airmata!! (x guna buang air mata utk lelaki yg x hargai wanita)

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. ( x suka la surprise yg x kena cara ni...)

 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...(tapi kalau 24/7 asyik nk korek pe kita wat...serabut gak weyh....)

 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s : rasa2nya punca ramai lelaki gay sebab diorang ni susah sgt nk paham perempuan...sebab tu diorang ni bercinta dengan lelaki sebab mungkin bagi mereka hanya lelaki paham pe yg lelaki rasa...hahahaha....yucks!


sumber


by : serangkai 1

1 comment:

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com