G.E.N.G

nuffnang

Sunday, October 19, 2014

resepi : onion rings

dapur orang bujang ni selalu nak buat yang simple2 je...
ye la kan...dapur rumah sewa aku belum complete semua peralatan memasak lagi...
teringin nak buat kek tapi x terbeli-beli lagi segala peralatan yang tak cukup tu...

kali ni tekak giler2 teringin nak makan onion rings...
selalu makan kat fast food je...
tak pun beli kat bahagian frozen food kat pasaraya tu haaa...
tapi kadang harga boleh tahan mahal +____+

resepi ni aku belajar dari adik aku...
simple sangat pun kalau nak buat...


macam udang celup tepung je +___+

bahan-bahan :
- sebijik bawang holland (bawang besar yg kaler kuning)
- tepung kentucky 
- sebijik telur
- serbuk black pepper
- minyak untuk menggoreng

cara-cara :
1) Potong bawang biar jadi bulat2 macam cincin...kalau xnak bulat pun xpe tapi xde la namanya onion rings...yeddok??
2) Gaulkan bawang ke dalam tepung. Tambah serbuk black pepper bagi yg sukakan rasa pedas.
3) Kemudian, pukul telur. Celupkan bawang ke dalam telur.
4) Gaulkan sekali lagi bawang ke dalam tepung sehingga seluruh bahagian disaluti tepung.
5) Goreng sehingga kekuningan.
6) Siap untuk dihidang.


dah macam sotong celup tepung pulak...iskkk..iskkk...iskk...

selamat mencoba!

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com