G.E.N.G

nuffnang

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

resepi : udang goreng kunyit

sebenarnya aku sendiri tak tahu nak letak nama apa untuk resepi ni..
asalnya aku niat nak buat paprik tapi entah macam mana boleh terlupa metadologi nak baut paprik...
capai henpon konon2 nak google resepi tapi henpon habis bateri pulak..
nak bukak laptop semata-mata untuk google resepi?
memang tak la...abes aku merewang mengadap benda lain nanti...



so, kesudahannya, aku masuk segala yang aku rasakan sesuai...
gedebuk gedebak semua bahan...
maka jadilah masakan ni...
kira resepi hentam sajalah labu...
tapi dun worry...
rasa memang best...
aku nak hentam pun xde la main hentam keromo je...
kalau aku main bedal hentam ntah pape ni, masuk masterchef kompem nak ujibakat pun x lulus...
hahahaha.. *tetibe je*

resepi ni aku buat untuk 2 orang makan je...tak boleh buat banyak sebab aku allergi makan seafood...


bahan-bahan :
15 ekor udang
1/2 bawang holland (potong bulat2)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris)
1 cm halia (hiris)
sebatang serai (ketuk)
5-6 helai daun limau purut (hiris halus2)
cili boh
sos tiram
cili padi (tumbuk)
serbuk kunyit
garam
minyak masak

cara-cara :
1 -  gaul udang dengan serbuk kunyit & garam secukup rasa.
2 - panaskan minyak secukupnya untuk menumis bawang putih, bawang merah, halia, cili padi (kalau suka pedas) serai & daun imau purut. tumis hingga bawang jadi sedikit layu.
3 - masukkan 1-2 sudu sos tiram. kemudian, masukkan 1 sudu cili boh.  gaul sebati.
4 - masukkan bawang holland & gaul hingga separuh layu.
5 - masukkan udang. masak sehingga udang bertukar warna kemerahan. tak perlu masak dengan api terlalu besar atau masak terlalu lama sebab akan mengurangkan kesedapan rasa udang.
6 - siap untuk dihidang.

selamat mencuba!
sekian dari dapur Chef Miss S yg berkepul-kepul asap!

Thursday, January 16, 2014

Penggunaan gear automatik yg betul

I am a driver but I prefer with automatic transmission car...

kenapa aku lg suka bawak kete auto???


1# kaki aku x penat nak kawal klac / clutch (aku rs ni beg)...hahaha...aku x reti nak spelling btol2 nama pedal yg lg seketul tu...

2# aku ada masalah utk kontrol kiri ngn kanan...hahaha...ekceli aku selalu konpius mana kiri, mana kanan...so, disebabkan masalah aku ni, aku slow sket bab kontrol klac ngn gear...aahhhhh...x reti aku nak explain cmne...wakakaka...

3# kalau traffic jam, xde la penat nak mengharungi jem tu sebab nak kena men tuka2 gear...tekan2 klac ngn brek...

4# sebab aku mls nk pikir nak tolak2 gear ni...hahahaha...aku ada byk benda len yg nak dipikirkan...

---------------------------------------------------------------

aku ni baru setahun jagung bwk kete...lesen P pun x tamat lagi...8 nov 2013 genap setahun lesen P aku...so, setahun jagung la tu...

selok belok pasal kete pun xbpe reti lagi...setakat nak cek minyak hitam ngn air enjin tu reti la...yg len2 tu still belajar lagi...

dan hari ni aku baru tau nak guna gear auto ni x blh men taram je tolak gear...wakakaka...
yg aku tau tolak D kalau nak gerak...tolak R klu nak undur...P utk parking...N utk neutral...
rupa2nya ada pantang larang jugak nak guna gear auto ni...

-------------------------------------------------------

Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik

Harap sama2 dpt kongis info yang bagus disini.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu


L - Low gear, gear pertama

--------------------------------------------------------

seriously, aku x tau pulak utk D & N tu xyah tekan tombol tepi tu pun xpe...
hahahaha...
yg aku tau, nak tukar gear harus tekan tombol tepi tu...


aku lg prefer jadi elegant girl rather than becoming wonder woman...rasa tua la bila define diri sendiri woman...I'm still a girl okayyyy...hahahaha...

semoga info ni bermanfaat kepada semua...


sekian laporan dari bengkel kemahiran hidup sekolah aku

Tuesday, December 3, 2013

kamus loghat temerloh

weeeee...
soalan geografi seround...
kat mana temerloh??
kihkihkih...

*agak-agak panel temuduga nak tanya x soalan camni nanti...wakakaka...*

temerloh ni daerah kat pahang...
temerloh ni selalu dikenali dengan nama bandar ikan patin or titik tengah semenanjung...
haaa...kalau x caya, ce try bukak peta malaysia...
g carik kat mana temerloh...tgk la kedudukan temerloh ni memang kat tengah2 semenanjung pun ye tuan2 dan puan2...


al-gambar ni cedok dari google je...yg sendiri masak jarang snap gambar...

aku ni namanya tinggal kat temerloh, tapi nak suruh cakap loghat temerloh memang aku ngaku aku x bape reti...
huhuhu...
sket2 tu boleh la...
sampai ada member skola aku ckap aku ni temerloh celop...hahaha...
mau x celop kalau lahir je kat pahang tapi membesar kat johor...
lepas lahir sampai umur aku 7 or 8 tahun aku duduk kat johor...
pastu baru pindah pahang...da bese cakap ala2 org johor, sampai ke besar yg x bape besar ni la aku speaking mcm org johor...
lagi satu mungkin faktor ibu ngn abah aku pun cakap xde loghat2 mana...
ibu aku org pahang & abah pulak org johor...tapi ibu pun cakap mcm bese je ngn kami...xde bunyi loghat pekat sgt...
abah aku lagi la...cikgu bm kot...mana layan sgt loghat2 ni...cakap mesti mau guna bm yg betul...kihkihkih...
mungkin jugak faktor parents aku ni cikgu...sebab tu x bpe amalkn cakap ikut loghat ni...

moh ler kte blaja loghat temerloh sepukul...kihkihkih...

-----------------------------------


A
Aok - awak
Ampuh - sempat
Bboyok - loser
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Bentat- Lembap
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bocong - tong air
Berikei - bersungguh
Boyok - Lembik, tak larat
Bersempude - tali yang berpintal pintal
C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
cebek - menjinjing
cemat - pukul pakai rotan
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
Copei - hujung...cth:copei ngat dh aok tu,,krg jtuh
cukang mangking - bersepoh, berselerak
cokeng - tegak
Cakner -amek peduli, amek kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung
Cekalik - Terbalik ke belakang
Cengkor pia - huru hara
Chengenging -
D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku
Deghas-cepat
E
Emboh - bolehEndi- Mengade-ngade
F
G
gampang- celaka (antara perkataan yg kerap digunakan)
Gohek - kayuh
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Gelegor - kayu alang kt bwh umoh kayu lame
Geligih-permukaan yg x sama
H
Habat/habad - pengotor
hampas- tak guna
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hokkoh - Gelojoh ya amat
Hampuras - celaka , gampangHomeih-suka bercakap(Ngape aok ni marioh homeih amat,keh tampor mulut te dengan selipor ni kang!)
I
J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai (kalau tak silap la)
Jelun - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala
jebon - kaki penipu
jakun - terpegun
jantan - budok lelaki
K
koi - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
kesot- alih/ bergerak
Kair - (ke air)maknanya..pergi ke sungai.ngail
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
kehut,kehot,kehak - letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah cth:sisa -Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek
Kecah - Lecak
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
Kememe - sama cam tembe gak
kekalu - emping dibuat dari padi pulut
kerajat - taktau (kena tanya tihani ni)
komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2…menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kohot- letih, sengal-sengal
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
ketnyer - lebih kurang walobagaimana..heee.. kipai - letih /lenguh tangan
kahat -(jarang digunakan)
kenit - kecil
kederat - upaya
kelakor= buat sendiri (perkataan sama juga bermaksud kelakar/ lawak )
kacuh - conteng
keresin - kering
kencing= tipu
Kepot - kemek ( kereta )
kercuh - cocok biji mata
kernying- sengih
L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam,
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang(berlembang) - sepah, berterabur
lontor/ lempor - perbuatan membaling sesuatu
M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Molo - tong plastik
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Memor- (xreti nk explain) cth: haih!ngape memor2 je buoh mangga hak aok jual nih?..xjadi la koi ndok bli..
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang
Mentek - padat
Mengkarap- punah/ rosak
Mencereteit - banyak cth: “mencereteit anok ayam tu kejor dak kucing”
Merebas - bergelimpangan cth: “merebas kambing ter keluor dr kandang”
Menyomboi - mcm nk terkeluar
Mengelising - Melilau ( koner ouk ngelising kulu kilir)
Merolong - Perut memulas
Mengelempor / membabor - Tergelincir, terbabas
Mogat - ereksi alat kelamin laki-laki
Merabok - Menangis+Meraung (kanak2 sahaja. Buruk ngat ah kalo org tue merabok)
Menciput- lari dgn laju
Ma'alok- duduk/ada di tengah2 laluan.cth:salsabila!mok kabo mende td..aok tido tgh ma'alok te ngape?karang mok lalu,terpijok kepale te kang buruk muke...lalu!kata mak cik serina kepada anaknya..
Mbong@Embong - Gelaran kepada makcik2
Mengerai - berjalan saje,tak duduk dirumoh.
Mengelenchet - terlompat-lompat
menceratak- penuh
metek+ pusing laju (gasing metek)
N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Ngopeh- mencari2
Nyeraya - suruh
Ngeteh - minum teh
nyusoh- susah
Ngenterk - mengawan, bersenggama , melakukan hubungan seks
ning- cth:parid...mok da buat air teh te.nok minung,tggu teh dia ning dlu..klu dok,batuk.
O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!
Ogey - Goyang
Okok kelolong - Kedekut yang amat sangat
Oleng-Berayun2,xstabil cth:hamboi!beroleng2 yak kete ni bile lalu lubang beso te..
Okok kelolong - kedekut yang amat sangat
P
pungko - puak
Pedooh’ - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam…ishh…teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Pesok - bocor
Pelantor-Beranda
perdak-terkam
Q
R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk
Rege - harga
Rabok- koyak
rebe/ghebe - tumbuh-tumbuhan kecil yang berjuntai di tepi sungai
S
Sesemut -kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir
Selok - suka sangat
serebeh- kusut masai
seiman- jangkitan secara ghaib
samdol - bodoh
se'eh- sakitSe aru-aru - ngacau
T
Tatin - angkat jemuran
Taruk - letak
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tempik-memanggil dgn suara yg kuat. cth:abohnya..ce tempik ke anok te suruh balik..dah senja dah ni..kang kene nyorok dak antu kopek kang ha..
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)
Tengkuh - ketuk
Tepek- tampal
Tunjey- tolak guna kaki cth:aok ce tunjey siket kepale kucing' te..naik ataih meja sokmo ncari lauk.simboh ngn air kang tau la..
Tokek - (sape2 tolong explen. koi tau gone gaye nok buat keknye tak reti nok explen)
Tumpir - Tolak
Takketaweheseh - mengada-ngada
Tuwik - Chup!
U
V
W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
Wook - Gelaran kepada Makcik2
X
Y
Z

selamat membelitkan lidah korang =P
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com