G.E.N.G

nuffnang

Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

kesan tidur berlebihan

sebelum ni masa study dulu, settle segala assignments je, dua perkara yg akan aku wat...kira cam konon2nyer reward utk diri sendiri la lepas berhempas pulas berjaga tiap2 malam menaip assignments...

padahal da tau lama dateline tu tp bese la kan..selagi belum cecah dateline, idea xdenyer nak mencurah-curah ke ladang gandum ni...idea bila keje last minit ni ibarat air yg mencurah-curah mcm paip pecah...

reward pertama, pegi makan tempat best2 yg jarang2 aku pegi...tekak aku ni kalau hari2 telan masakan sndri je kdg2 dtg gak boring tu...so, as reward, aku belanja la perut aku ni makan ala2 western ke...chinese style ke...tekak melayu aku ni kdg2 gedik xmo telan nasi gak...kihkihkih...

reward kedua, opkos qada' tido...lagi2 kalau assignment tu dateline before weekend..alamatnya weekend aku akan jadi sgt x produktif sbb asyik tdo je...hahaha...pastu mula la lemau...ting tong je rasa...lg2 kalau terbabas tdo lepas asar...mmg bahana gler kalau tdo lepas asar...blh mental kejap...


sebenarnya memang x elok pun tdo berlebihan ni...wat badan jadi lemah...kurang tdo pun x elok...kalau nak derma darah, tdo x ckup ni menyebabkan haemoglobin darah x berkualiti...tu kalau baru sekali wat...kalau hari2 acaner? x ke menjejaskn kesihatan nanti...heartbeat pun problem klu tdo x ckup...

jeles dgn baby...tdo siang malam pun steady je lg...hahahaha...

---------------------------------

KESAN TIDUR BERLEBIHAN

Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.

1.Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.

2.Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.

3.Mudah lupa

Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.

4.Kenaikan berat badan

Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.

Nota dari Utusan Malaysia

Kredit : Dr Zubaidi B Ahmad


---------------------------------

sila jaga waktu tido anda demi kesihatan yg lebih berkualiti...

sekian khidmat kaunseling alam maya yg x bertauliah...hehehe...
peace yawww!!! :P


Monday, May 27, 2013

resepi : ikan masak kicap

yeahhhhh...
kehidupan sebagai org bujang ni, suma benda mau simple lg ekspress...
so, aku nak share la sket resepi2 cap ayam ni...
hahaha...
sebab pe cap ayam??
sebab mudah amat utk bikin...

bahan-bahan :
ikan beberapa ekor (ikut suka korang nak guna ikan pe...tapi aku suka ikan kembung)
serbuk kari
garam
bawang besar 1 ulas
bawang putih 6 ulas
halia 2.5 cm
serai 1 batang
lada (ikut tahap kepedasan yg korang nak)
minyak masak
sos tiram
kicap lemak manis

*bawang bergantung korang punya ikan banyak mana...aku guna 3 ekor ikan kembung saiz besar...*

cara-cara :
1 - lumurkan ikan dengan serbuk kari & garam secukup rasa. pastu gorengkan sampai garing...jgn bg hangus sudah...
2 - hiris bawang nipis2. Halia ngn serai kasi tumbuk tp jgn smpai hancus.
3 - panaskan minyak secukupnya utk tumis bahan2 dlm langkah 2. lg masyuk kalau amik je minyak lebih goreng ikan tadi.
4 - tumis bawang, halia, serai & lada smpai agak2 naik bau & layu sket.
5 - pastu, masukkan lbh kurang 2 sudu sos tiram. kacau jgn bagi hangit. pastu baru masukkan kicap secukupnya.
6 - tambah air sket kalau rasa pekat sgt. pastu masukkan ikan yg da digoreng tadi.
7 - gaul sebati. tambahkan sedikit garam kalau rasa tawar.
8 - siap utk dihidang! voila!


p/s : kalau nak hidang, serai tu jgn ler dibubuh skali dlm mangkuk...lagi2 kalau hidang utk mak mertua...wakakaka...buruk benor ghupenyer...hahahaha...

Tuesday, September 20, 2011

betapa bahayanya wallet korang



Kebanyakan lelaki memang suka duduk dengan dompet berada di poket belakang. Mungkin ada jugak segelintir kaum wanita pun buat macam ni. Tapi korang mesti tak sedar yang duduk di atas dompet ini adalah bahaya untuk kesihatan korang. Nak tau kenapa?? Baca ni.. 


- Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki


- Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.


- Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.


- Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.


- Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.


 Jadi untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku, korang letak la wallet tu kat poket depan..walaupun tak selesa, tapi at least korang tak duduk atas wallet. Atau korang boleh keluarkan wallet tu before korang duduk..tapi make sure letak wallet tu kat tempat yang selamat..


Sumber


by : serangkai 1
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com