G.E.N.G

nuffnang

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

new boyfriend

setelah pelbagai usaha yang dijalankan, akhirnya aku berjaya menjalinkan hubungan dengan boyfriend baru aku...
banyak halangan kena hadapi barulah kteorg dapat bersama...

meet my new super duper awesome and cuteness overloaded....
hehehe...hiperbola sangat...


planning asal aku nak beli persona SV kaler electric blue sebenarnya...
aku prefer persona sebab ruang penumpang yg luas + bonet yang besar...
tapi sebelum tu, aku ada gak mintak nasihat ramai member2 yang da lama pakai kete...
mostly x setuju aku amik persona atas faktor penggunaan petrol yg besar, selalu ada problem dgn tingkap & enjin & xde servis percuma & waranti 3 tahun...
ramai yang aku tanya bagi 3 sebab tu...
orang yang tolong carikan contact salesman proton pun suggestkan aku xyah beli persona tapi amik myvi...

berbelah bagi betul aku masa tu...
harga pun lebih kurang cuma berbeza cc ngn saiz je...
so, aku pun surf tenet...bukak website perodua sebab nak intai2 myvi...
skalinya perodua baru keluarkan 2 kaler baru untuk model myvi iaitu pink & hijau cam boyfriend aku ni...
siap ada promotion pulak untuk graduan yang da abes belajar kurang dari setahun...
kaler pink memang bukan feveret aku...so, aku pun merisik la si myvi hijau ni...

usha harga...payment bulanan...design kereta...
aku pun pinang la boyfriend aku ni melalui org tengah yg menjodohkan kami yakni salesman perodua yg member aku kenalkan...

salesman ni wt keje cepat...
aku bagitau nk guna kete cepat sbb nak memudahkan aku pergi keje @ outstation mana2 nnt...
outstation la sgt...hahaha...setakat ni dalam lingkungan 20km je pun aku outstation...
dalam 2 minggu, segala urusan booking selesai...

tapi, alkisahnya nak pergi sign agreement ni yg macam hape je rasa...
aku buat loan kete dengan bank islam...
bila bank panggil nak sign agreement tu aku pikir boleh sign kat mana2 cawangan yg terdekat...
rupa2nya ada cawangan tertentu je yang uruskan loan kereta ni...
so, aku kena ke KL untuk sign agreement ni...

dengan bajet macam yakin gler je tau lokasi bank tu kat mana, aku ngn member pun amik LRT turun kt SOGO sebab cekgu cekgi sekolah kata bank islam tu dekat dgn SOGO...
bila da sampai tu, bayang bank pun x nampak...tanya org sana sini pun masing2 bagi arah yang berbeza...
call bank untuk tau lokasi...skali dia bagi pelan tu macam aku ni tengah drive kete je...padahal tengah berjalan kaki kot...
lastly, kteorg tahan teksi...driver teksi ni pulak macam blur2 jugak arah nak ke bank tu...
masa ni ada lagi setengah jam je sebelum bank tutup...
aku pun nekad call bank mintak pegawai nak tu bercakap sendiri dengan driver teksi tu...
siap mintak pegawai bank tu tunggu aku lagi...hahaha...
aku sampai kat bank tu memang waktu kecederaan btol...lagi 2-3 minit nak tutup waktu bekerja bank tu kot...

nasib baik la dorg nak terima lagi customer yang datang memang betul2 last minit ni...
setel buat bayaran & sign agreement semua, kteorg pun cari teksi untuk pergi balik stesen LRT tadi...
kemain susah nak dapat teksi...
so, kteorg pun menapak la pegi stesen LRT tu semula...
padahal elok keluar dari bank tu ada satu stesen LRT x jauh dari situ...
tapi xtaw la knpa kteorg x pergi je stesen tu tapi nak jugak pergi berjalan kaki yg super duper jauh ke stesen LRT kat SOGO tu...
otak da jammed sebab penat sangat barangkali...

asalnya aku x payah bagi hantaran kat bank sebab freshie graduate konon2nyer...
tapi disebabkan aku da keje...
keje ngn gomen pulak tu...sah2 keje tetap...
bank xmo bagi 100% full loan...
kena jugak hantaran dalam 1900++...
salesman xdpt nak mark up harga boyfriend aku lebih2 sebab model myvi aku ni model yg latest...
so, tggu la gaji aku yg sedebuk 2 bulan gaji tu baru pegi masuk meminang boyfriend aku...

da 2 bulan lebih jugak la aku bercinta dengan boyfriend baru aku ni...
so far, aku memang puas hati dengan boyfriend baru aku ni...
full tank dalam RM70...ngam2 untuk pergi balik dari rumah aku kat Damansara ke rumah atok aku kat Kulai, Johor...
drive pun selesa je...
sound radio kete ni pun best...boleh link bluetooth hp...nak main lagu dari hp pun boleh...kalau xde earphone pun xde hal nak jawab call...yang pastinya speaker kereta tu akan ganti speaker hp korang...kalau rasa nak bermanja-manja or berjiwang-jiwangan masa call & nak link hp dgn radio kereta, make sure korang drive sorang2 la...kalau x, muntah hijau penumpang korang nanti...hahaha....
kalau tersangkut dalam traffic jammed, memang giler2 aku karaoke sorang2 dalam kete...hahaha...



posing da macam menang kereta masa konvo je...hahaha...

so, this is my new boyfriend a.k.a shrek @ mr hulk...hahaha....

Thursday, February 27, 2014

cara penjagaan sistem brek

selalunya org cakap perempuan ni cuma tau bawak je kete tapi maintenance haram jadah x reti...
hahaha...
nak buat camne da aku pun penah jadi camtu...
kete tiba2 xmo hidup lepas isi minyak...da la nak bukak tempat enjin tu pun satu hal x reti nak angkat bonet tu...susah betul...hahahaha...serius aku rasa mcm lumpy gler...
bese kalau kete rosak, tgk lady driver je mesti ada yg rajin nak dtg tlg tgk2...wakakaka...
konon nak dtg tnjk hero...skali tgk aku bawak kete auto...terus jadi x reti...kihkihkih...
xpe la brader...



sebenarnya memang dari sekolah menengah lagi aku minat nak blaja pasal enjin & komputer ni...
tapi masa ni mmg minat pasal enjin lg byk dr pasal komputer...
sebabnya aku lg ske deal ngn mesin dari aku ngadap org yg mcm2 ragam ni...
konon xnk keje deal ngn org skali amek kaww...last2 jadi cikgu...wakakaka...

lps pmr, aku apply sekolah teknik...
dgn konfidennya aku apply kursus vokasional automotif & aku diterima kottt...
tapi sygnya, surat tawaran aku tu incik abah dlu yg jumpe...
incik abah yg baca dlu isi kandungan surat tu...
abah mcm xnk bg je aku pegi blaja automotif tu walaupun sekolah tu bukan jauh pun dari rumah aku...
abah cakap kursus cmni utk bdk lelaki je...nnt dlm kls x psl2 aku sorg2 perempuan...
sobs...sobs...sobs...
gler x sedih xdpt pe yg aku minat...
aku nak blaja pasal enjinnnnnnn.....nakkkkkkkk....
terkubur la cita2 aku nak keje ngn proton...
huuuuuuuuuu....

sejak da dapat lesen, incik abah ada la jugak ajar aku sket2 pasal kete ni...
kenal2 organ dalaman enjin...
paling penting, aku da x noob pasal nak bukak bonet enjin...hahaha...
da blh bukak bonet enjin dgn penuh bergaya like a pro walaupun xde la pro pn psl enjin...
hahahaha...

sebelum ni da baca pasal penggunaan gear auto yg betul...
so, kali ni baca pulak pasal cara nak jaga sistem brek...
harap2 membantu kita semua utk jaga kete dgn baik agar nnt kete x mkn tuan...
maksudnya xde la nnt tbe2 rosak terus yg teruk kaw2...kan naye nak tanggung kos repair nnt...

------------------------------------------

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.

2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.


7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.

12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta  untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.


Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.


-------------------------------------------------------

sekian dari bengkel alam maya...hikhikhik... :)

Thursday, January 16, 2014

Penggunaan gear automatik yg betul

I am a driver but I prefer with automatic transmission car...

kenapa aku lg suka bawak kete auto???


1# kaki aku x penat nak kawal klac / clutch (aku rs ni beg)...hahaha...aku x reti nak spelling btol2 nama pedal yg lg seketul tu...

2# aku ada masalah utk kontrol kiri ngn kanan...hahaha...ekceli aku selalu konpius mana kiri, mana kanan...so, disebabkan masalah aku ni, aku slow sket bab kontrol klac ngn gear...aahhhhh...x reti aku nak explain cmne...wakakaka...

3# kalau traffic jam, xde la penat nak mengharungi jem tu sebab nak kena men tuka2 gear...tekan2 klac ngn brek...

4# sebab aku mls nk pikir nak tolak2 gear ni...hahahaha...aku ada byk benda len yg nak dipikirkan...

---------------------------------------------------------------

aku ni baru setahun jagung bwk kete...lesen P pun x tamat lagi...8 nov 2013 genap setahun lesen P aku...so, setahun jagung la tu...

selok belok pasal kete pun xbpe reti lagi...setakat nak cek minyak hitam ngn air enjin tu reti la...yg len2 tu still belajar lagi...

dan hari ni aku baru tau nak guna gear auto ni x blh men taram je tolak gear...wakakaka...
yg aku tau tolak D kalau nak gerak...tolak R klu nak undur...P utk parking...N utk neutral...
rupa2nya ada pantang larang jugak nak guna gear auto ni...

-------------------------------------------------------

Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik

Harap sama2 dpt kongis info yang bagus disini.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu


L - Low gear, gear pertama

--------------------------------------------------------

seriously, aku x tau pulak utk D & N tu xyah tekan tombol tepi tu pun xpe...
hahahaha...
yg aku tau, nak tukar gear harus tekan tombol tepi tu...


aku lg prefer jadi elegant girl rather than becoming wonder woman...rasa tua la bila define diri sendiri woman...I'm still a girl okayyyy...hahahaha...

semoga info ni bermanfaat kepada semua...


sekian laporan dari bengkel kemahiran hidup sekolah aku
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com