G.E.N.G

nuffnang

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

terima kasih, cikgu!

bila kau sign surat perlantikan sebagai pendidik--
beringatlah;

kau juga seorang kerani untuk buat report yang tak ada function mana selain masuk fail orang atasan,
seorang cleaner yang perlu memastikan bilik darjah kau tak macam stor rumah kau,
seorang interior designer yang perlu merombak susunan meja dan perabot2 kelas dari masa ke semasa,
seorang kaunselor pada anak murid yang jadi nakal sebab kurang kasih sayang dan perhatian di rumah,
seorang babysitter yang kalau tercalar secalit je pun boleh setimpal dengan dibuang kerja.

dan rata2,
ketika pencen,
belum tentu mampu pakai kereta jepun yang sederhana classy--
nak milik rumah dua tingkat corner tepi apatah lagi.

jadi tanyalah diri itu;
kenapalah aku nak jadi cikgu.

penghargaan paling2 pun "terima kasih, cikgu" pada hari guru. atau ketika ucapan "bagaimana mendapat keputusan cemerlang". itu pun kalau teringat lepas penat bercerita tentang bangun malam dan doa ibu bapa semua.

jadi cikgu bukan kerjaya--
tapi pilihan cara hidup.
kalau rasa tak kuat--

jangan buat.

Tuesday, October 22, 2013

yang akan ku kenang sepanjang masa

tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat bermain...

5 tahun setengah pengajian kt Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu da nk hampir melabuhkan tirainya beberapa mggu je lg...

aku sebak...
aku sedih...
aku terharu...
aku gembira...
aku bersyukur...
aku seronok...
suma feeling bercampur baur...

aku sebak sebab nak tinggalkan tempat yg byk bg memori pahit dan manis sepanjang aku kat sni...
tempat yg byk ajar aku tentang kehidupan & persahabatan...
tempat aku kenal siapa kawan, siapa teman, siapa sahabat...

aku sedih sebab aku x pasti bila lagi akan berjumpa kembali dgn sahabat2 yg byk mengukir, memahat, melukis, menconteng, mencanting segala kenangan sepanjang aku kt sini...

aku terharu sebab x sangka aku dah hampir pada penamatnya...
aku sendiri x pernah terfikir akan menjadi seorang guru sebab aku pny cita2 adalah utk menjadi jurutera...
ntah pe mimpi smpai pernah jugak aku bercita-cita utk jadi tentera...

aku gembira sebab walaupn aku x dpt teruskan cita2 aku, tetapi aku tau ibu & abah suka dgn pilihan aku utk menjadi guru seperti mereka...
asalkan ibu & abah gembira...
itu lg penting sebab di situ letaknya keredhaan mereka trhadap pilihan aku...

aku bersyukur sebab kat sini aku dpt kenal siapa sahabat aku ketika gembira dan siapa sahabat aku ketika aku menangis...
yg membuatkn aku utk lebih tabah mengharungi kehidupan...
yg membuatkan aku utk lebih berhati2 dlm memilih kawan...
yg mengajar aku erti kepercayaan dlm persahabatan..

aku seronok sebab da hampir utk graduasi...
x sabar nak menyarung jubah dan lambung2 topi empat segi...
x sabar nak teruskan lagi pengajian...
tapi...
berdebar jugak la tggu tempat utk dipostingkan nnt...

x kisah lah bagaimana pun penghujungnya nanti, jgn dilupa di mana permulaannya...

jika penghujungnya kita bahagia, igtlah permulaannya bagaimana bahagia itu hadir dlm hidup kita...
jika penghujungnya kita ditipu, igtlah permulaannya kita terlalu mudah mempercayai org lain...
jika penghujungnya kita mempunyai sahabat utk berkongsi segala cerita, igtlah permulaannya kita sendri pernah rasa sangsi sebab pernah ditipu...
jika penghujungnya kita berjaya, igtlah permulaannya kita pernah bersusah payah untuk sampai ke puncak...
jika penghujungnya kita berada di puncak, igtlah permulaannya siapa yg memimpin kita utk sampai ke puncak...
jika penghujungnya kita tersungkur jatuh, igtlah permulaannya kita mungkin alpa ketika berada di puncak...

segalanya bermula di garisan permulaan...
andai kita kekal fokus, kita mampu sampai ke garisan penamat...
bukan cepat atau lambat jadi ukuran tetapi bagaimana cara yg kita lakukan utk sampai ke garisan penamat...

pergilah sejauh mana sekalipun, jgn dilupa di mana permulaannya...
kerana tanpa permulaan, xkan ada penghujungnya...

yeah! we are final year students!!!

Friday, October 4, 2013

penantian 5 tahun setengah

yes, I am a future maths teacher...
5 tahun setengah menuntut ilmu utk jadi guru...
secara jujurnya, mmg ni bukan kerjaya pilihan aku...

tapi minat boleh dipupuk kalau kena pada caranya...
lama2 minat utk jadi cekgi ni pun ada dalam diri...
minat tu makin datang sebab aku sukakan bdk2...

5 tahun setengah bukan tempoh masa yg kejap bagi aku...
tambah plak sekolah menengah aku yg terakhir sebelah je dgn IPG aku ni ha...
maknanya, aku bertapa kat sini lebih kurang 7 tahun setengah cik kak oiii...
x ker lama tu...

macam2 yg aku dpt belajar sepanjang 5 tahun setengah kat sini...
belajar uruskan hidup sendiri...
belajar kenal kawan yg sebenar...
belajar utk jadi seorg guru yg baik...
belajar utk sentiasa kuat semangat utk menghadapi cabaran...
dan mcm2 lg la...
yg paling penting, aku dpt blaja byk ragam manusia sepanjang kat sini...

sepanjang aku berada kat sini, byk da perkara2 yg memberikan kenangan manis dan kenangan pahit kepada aku...
kenangan manis tu aku akan simpan dlm ingatan sampai bila-bila...
kenangan pahit tu plak, aku harap biarlah kenangan tu terkubur kt sini je...

video bawah ni adalah antara kenangan manis sepanjang aku kat sini...
masa ni zaman foundation lg...
utk paper bm, kteorg kena pentaskan sebuah drama...x igt pe tema dia masa tu...
skrip drama ni pun da dirombak beberapa kali jgk la...
at last, kelas kteorg berjaya dpt first place masa tu...
hahaha...hepi gler masa tu...

kalau hebat, cari aku mana satu dalam video tu...
hahahaha...


Thursday, June 6, 2013

kena tikam dari belakang


kalau ada kawaan yang merodok tulang belakang kita dan memulasnya terus memati -- jangan melenting. jangan juga membelati.

senyumkan.
dan larikan diri.
bila sudah jauh --
jelirkan lidah begini.

hahaha

ya. biarkan dan senyumkan.
biar dia tak pasti bagaimana mau bagi reaksi.

benda paling best adalah melihat orang yang tikam belakang kita datang pada kita buat soalan2 bangang dan tegur2 bodoh sekadar untuk memastikan kita tau tidak pisau itu miliknya.

senyum. sabar. dan enjoy the moment.

i don't know you, tapi aku rasa kawan yang begini adalah menggelihati.

moga dia tidak lupa tuhan itu maha kuasa :)

sumber : instagram fynnjamal
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com