G.E.N.G

nuffnang

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

part 3 : road to japan (day 1 - arrival)

macam dalam mimpi je rasanya dapat berjalan-jalan sejauh ni...
tambah pulak ni first time aku naik flight...terus pergi jalan2 jauh terus...
ikut plan asal, member aku yg stay sini, Wani, akan pick up kteorg kat airport...
tapi since dia ada exam hari ni, so, x dapat la nak datang...
redah kota metropolitan ni dengan bantuan google maps serta berhubung guna whatsapp dgn Wani utk guideline...

first sampai airport Narita ni, kteorg mencari tempat utk pick up portable wifi dulu...dah story pasal wifi ni kat sini 
-----> part 1


member aku tengah pick up portable wifi utk kteorg...ada lagi beberapa telco yg ada servis camni...ada jugak yg boleh sewa handphone ngn simcard...



ni kawasan sekitar tempat pick up wifi kteorg..

setel dapat wifi je hapdet kat family ngn kengkawan kat tanah air inform kteorg dah selamat sampai...
setel menghapdet, terus ke toilet bersih2kan diri...kekok jugak masuk jamban bidet ni...hahaha...mujur member dah inform awal2 pasal toilet ni...lama2 rasa seronok jugak toilet camni sebab lantai toilet xde la bersepah dengan air...

bukan pe..kadang2 sesetengah org masuk public toilet ni tak reti nak sangkut balik getah paip lepas siap guna...kadang2 tu siap kepala getah paip tu masuk ke dalam lubang jamban...eeeuuuwwww...kalau xde tempat nak sangkut tu nak buat camne la kan...tapi bila ada tu x digunakan pulak...

destinasi kteorg hari ni nak ke Shibuya, Shinjuku & Harujuku untuk mengisi masa sementara nak tunggu member aku abes exam dia...

beli kad suica siap2 supaya mudah nak naik train...pe dia kad suica? boleh baca balik kat sini... 
---->kad suica
kteorg isi siap2 5000yen dalam tu..ingatkan cukup la..hari ke3 ngn ke4 kteorg top up lagi..dekat 9000++ jugak abes..dapat la dalam 700yen rasanya masa return balik kad suica tu...


dek kerana penat tak abes lagi, tambah pulak perjalanan train makan masa dekat 2 jam, abes terlentok tertido...terlepas stesen la jawabnya...mujur dapat recover balik ke jalan yg benar...maka dpt jugak la kteorg sampai ke destinasi yg dituju...




nampak tak beg kteorg bertiga semuanya besar gedabak? haaa...takkan la kteorg yg berbadan kecik kiut miut ni nak pikul beg besau camni ke sana sini jalan2...pikir masuk amazing race ke pe...hahaha...

yang bagusnya kat sini, semua stesen train ada locker pelbagai saiz untuk kita simpan barang...kira mesra pelancong backpackers jugak la..kos satu locker untuk simpan beg besau camni dalam 300yen...wajib guna syiling...melilau jugak la kteorg cari kedai untuk pecah duit..

tukar kat money changer dapat duit 10000yen seketul..melilau cari kedai yg jual air mineral & cari benda nak makan...jumpa la pisang...harga sebijik pisang tu bak kata member aku boleh beli seetandan pisang kat sini...hahaha...tapi sebab lapar sgt..kasi pejam mata je la...

mujur la kedai yg kteorg masuk tu tak complain bnyk bila hulur 10000yen utk bayar barang yg kos dlm 200yen..selalu kat sini cashier mesti tanya dulu ada duit kecik tak...paling tak pun ada yg buat muka x puas ati...hehehe...ni siap 3 org nak byr dgn cara yg sama...still boleh senyum lagi masa terima ngn hulur duit baki...


ni locker kat stesen shinjuku...kteorg simpan beg kat sini pastu baru rayap2...terasa ringan betul bahu bila dapat drop beg untuk simpan kat sini..

merayau2 la kteorg sekitar shibuya & shinjuku masa sebelah siangnya...


basikal pun ada privileges parking kat sini..ada kat mana ntah aku ternampak siap parking dua tingkat untuk tempat basikal...xde la banyak sgt makan asap bila jalan kaki dalam bandar sebab bilangan kenderaan bermotor x banyak atas jalan raya...



uniqlo kat sini memang murah dari kat malaysia...opkos la kena lagi murah sebab uniqlo ni kan brand jepun...xkan la kat tempat asal pun nak mahal kan?

macam baju inner yg aku cte kat part 1 tu, kat malaysia aku beli dgn hrga RM59.90..kalau kat sini baju yg sama boleh dapat dengan harga separuh dari tu...nanges tengok harga ni T_T...sama jugak dengan baju2 sejuk kat sini..kalau nak dibandingkan dengan harga kat malaysia ngn jepun ni, ada yg beza sampai 50 hengget jugak la..baju pulak memang sebijik2 sama...hahahaha...nyaris nak terbeli jugak tapi mengenangkan ntah bila lagi nak pakai baju tu, aku pun simpan je la niat tu...

member aku, Zaza, beli jugak la sehelai baju sejuk tu...memandangkan badan kteorg ni semua kecik2 je, Zaza ni pun cari baju sejuk kat department kanak2 sebab kos lebih murah...hehehe...opkos la amik saiz kanak2 yg paling besar but still sesuai dengan saiz bdn hokkkayyy...hehehe...

misi kteorg kat sini adalah untuk mencari kedai makanan yg halal berpandukan segala blog pelancong2 malaysia yg dah sampai kat sini...ada banyak jugak sebenarnya tapi susah jugak nak jumpa..mungkin kedai dah berpindah atau kami salah faham arah...tapi akhirnya jumpa jugak satu kedai makanan malaysia...


gambar pinjam dari website malay asian cuisine

seketul bendera malaysia siap dengan twin tower lagi kat nama kedai tu...
menu kat kedai ni memang macam kat malaysia...nasi goreng kampung...nasi goreng ayam..pattaya suma ada...rupa2nya kedai ni jadi port Wani bila rindu nak makan makanan malaysia...
ada jugak kuih muih...lupa pe je kuih yg ada...teh tarik pun boleh dapat kat sini...

untuk aku, aku order nasi goreng kampung dengan jus nanas...serius sedap...tapi bezanya ikan bilis kat sini besar betul...pastu xde la jumpa ayam or daging dalam nasi goreng ni sebab nak dapatkan bekalan yg halal rumit sket...so, mostly sotong, udang ngn ikan bilis yg mewakili kaum binatang yg dimasak...hehehe...sotong pun best sebab segar & besar2...


tadaaaaa!!!!
nampak x seketul sotong yg besar tu? dalam nasi tu pun ada banyak lagi...siap sambal dengan keropok lagi haaaa...betul2 feeling mcm makan kat malaysia sangat...
harga menu yg aku makan dalam 1200yen klu tak silap aku...kalau konvert duit malaysia? rm30 lebih kot...hahaha...asalkan perut aku kenyang...yeddok??


bunga pahar pun jadi hiasan kat sini...


kotak2 yg susun kat atas rak tu teh Boh..dorang buat teh tarik guna teh ni barangkali..


kat sini dalam kol 4.30 petang dah macam nak magrib..masa sampai kedai ni, kat luar cerah lagi..masa balik hari dah malam...lama jugak la kteorg merehatkan badan kat sini..penat dok 8 jam dalam flight pun x hilang lagi, kami dah tambah penat berjalan2...lapar tu jgn cte la...lalu depan kedai kebab nyaman betul la bau daging tu haaa...tapi nak beli tu x nampak pulak sign halal...so, bukak biskut tiger makan sambil membayangkan makan kebab...hahaha...sadis betul rasa...

belah malamnya, kami jalan2 kat shinjuku..shinjuku ni merupakan antara bandar yang tersibuk di dunia...aim kteorg nak ke sini sebab nak merasa kesibukan tu...hehehe...



haaaa...nampak tak betapa ramainya umat manusia yg dah standby nak melintas tu...

masa belum boleh melintas tu orang ramai la jugak sekitar laluan melintas tu...bila dah dekat waktu nak melintas tu je, ramai betullah yang menunggu..jalan nak melintas pun bukannya sehala je...3-4 cabang jugak la...dengan baju masing2 kaler pun lebih kurang je...terpisah jap aku dgn member2 tapi disebabkan kteorg ni pakai kaler yg berbeza dari org2 kat sini, so, senang nak detect...

x sure member aku Pipah & Zaza ada rekod x video kesibukan masa melintas jalan kat sini...kalau ada nanti aku hapdet kat sini...

last destination kami hari ni Harujuku..

ada satu tragedi masa kteorg nak ke sini...

kteorg gerak ke Harujuku dari Shinjuku masa peak hour...maknanya, train memang super duper sesak la masa ni...rushing kejar nak naik train punya pasal, Zaza, terlepas nak naik satu train dengan kteorg...aku dgn Pipah ni berharap la Zaza ni paham gerak mulut kteorg dari dalam train ni bagitau yg kteorg akan tunggu kat stesen Harujuku...

kteorg berdua ni tunggu la kat stesen Harujuku ni utk tggu next train yg akan sampai...sampai je train seterusnya tu, kteorg cari Zaza ni terus...tak susah nak detect sebab Zaza pakai baju sejuk kaler hijau flourescent macam highlighter faber castell tu...hahaha...memang ada hikmah jugak pakai baju kaler mencapub ni kat sini...kihkihkih...


dah macam adegan jejak kasih bila Zaza ni dapat berkumpul balik dengan aku & Pipah..mihmihmih...

kat Harujuku kami pergi ke kedai Daiso sebab nak cari bekas makanan & souvenirs...barang2 kat sini kiut miut betul...seksa tahan godaan kat sini...kedai2 sebaris Daiso ni pun boleh tahan jugak sale sana sini...baju, boot, sweater, kasut mostly sale belaka...macam nak berdarah hidung menahan nafsu shopping...

tahankan jugak la nafsu tu sebab memikirkan parents aku kirim beli jam tangan sepasang..takut x ckup duit kalau aku dah berjimba sangat...dapat je jam yg dicari tu, barulah aku shopping dengan tenang...tapi xde la sakan mana...bila balik dari merayap tu, kira ada la hasil tangkapan aku...

gambar x banyak mana kat sni sebab bateri dah kong..tggu sedut gambar dari Zaza ngn Pipah dulu nanti sambung hapdet part ni lagi kasi meriah dengan gegambo...

setel urusan beli belah, kami patah balik ke Shinjuku untuk amik beg & terus ke Takao untuk menuju ke rumah Wani...serius penat betul masa nak menuju ke Takao ni...
tambah dengan cuaca yang sejuk betul malam ni...memang rasa nak pejam mata berehat sangat2 da ni...seharian kami berjalan kaki meronda 3 bandar ni...duduk pun kejap je...
tak tahu lah dah berapa juta langkah berjalan... 
*yg ni memang over bunyinya*

kalau kat sni, LRT kita ada air-cond yg sejuk...memandangkan sekarang musim sejuk, suhu dalam train ni la antara tempat paling selesa sebab ada pemanas kat bahagian kaki...dah penat2 dapat memanaskan badan ni buat kteorg abes tiga2 terbabas tido lagi..tersedar je terus turun kat mana2 stesen terdekat & roger Wani untuk rescue laluan train yg betul utk sampai ke Takao...sejuk gigil2 da masa kat stesen train tu..mujur ada hand warmer...hangat la kejap 
----> kisah hand warmer

selamat jua akhirnya sampai ke Takao...muka bahagia gler bila nampak Wani dah tggu kat entrance sebab dah terlalu penat untuk hari ni...rumah Wani pun tak jauh mana dengan stesen Takao..paling best rumah dia kiut betul...memang muat2 untuk tinggal seorang je...mujurlah bilik tidur dia lapang la sket...muat la kami bertiga yg dtg menumpang berteduh ni...

kalaulah ada rumah camni kat Petaling Jaya tu rasanya xde la berasap kepala nak bayar sewa rumah kot...hehehe..sayang lupa nak mintak permission Wani nak amk gambar dalam rumah dia...bukan pe..tiap kali balik dengan keadaan kepenatan...sampai rumah dia memang target nak mandi, pillow talk sket pastu terus tdo...

lewat jugak kami tdo...bese la bila jumpa member lama ni dia punya sembang tu memang susah betul nak stop...pillow talk pun sampai tertido masa member bercerita...target esoknya kol 8 pagi dah ada kat stesen Takao untuk ke Tokyo Disneyland..berjaya x? ada sesat2 salah train lagi x? hahaha...nantikan...

sebelum tido masak nasi goreng untuk bekalan ke Disneyland esok...

Tokyo Disneyland, mu tunggu kteorg datang!

stay tuned to part 3!!!

Thursday, December 25, 2014

warded lagi : kes denggi

last year lebih kurang masa yang sama aku masuk ward kecemasan satu malam kes tonsils... ----->kisah satu malam di wad kecemasan

tahun ni aku mengulang sejarah yang sama tapi lebih panjang waktunya & penyakit yang berbeza...
aku dapat percutian di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah a.k.a Hospital Temerloh selama 3 hari 2 malam...dapat suite baik punya...
dapat suite kat level 9...4 orang sebilik...aman damai suite yg aku dapat ni...
paling penting xde bau2 ubat macam suite2 lain...mihmihmih...memang aku sangat tak suka ubat ni hokkkaaayyyyy...

22 nov 2014
Hari ni aku ada hi-tea dengan cekgu cekgi sekolah kat one world hotel..dah simpan perut siap2 sebab nak pulun makan...paling penting aku tak tinggal menu kambing golek...x makan banyak mana pun daging kambing tu sebab perut dah nak full...



saat sebelum antibodi aku tumpas...hakikatnya masa ni kepala dah slow2 nak menyengat sakit...

otw balik tgh drive tu kepala aku start sakit...xkan la sebab kambing tu aku sakit kepala sebab aku xde masalah pape pun sebelum ni kalau makan kambing...mungkin sakit kepala sebab makan campur2 barangkali *ayat sedapkan ati sendiri*

sakit kepala still x berkurang sampai ganggu tidur malam...makin menjadi-jadi rasa sakit...badan pun start sakit2...

23 nov 2014
bangun pagi mandi macam biasa...sejuknya air tu memang tak terkata walaupun aku mandi masa tu dalam pukul 7-8 pagi...sakit kepala masih ada...sendi2 terasa lenguh betul...aku nak angkat hp pun terasa macam nak angkat batu bata...badan menggigil sejuk walaupun dah tengah hari...

sebab tak tahan sejuk & sakit, aku masuk bilik tidur & rehat & berselimut satu badan & tak bukak kipas langsung...lepas la sejam dua aku tidur...dah bangun tu sakit makin menjadi-jadi..terpaksa drive jugak cari klinik yang bukak sebab hari ni hari ahad..

sampai klinik pun masih menggigil...tambah pulak hujan turun masa ni...lagi la sampai ke tulang rasa sejuk tu...citer dengan doktor pe yg dah jadi...doktor syak denggi & mintak untuk buat blood test...

aku ni bukan je tak suka ubat malah aku sangat takut sebenarnya bila kena inject ni...rasa nak nangis je sebab takut + sakit...amik kau...positif denggi hokkkkaaayyy...arghhh!!!stress betul rasa masa ni sebab lagi 3 hari aku akan ke langkawi dengan cekgu cekgi sekolah aku.,,doktor suruh datang hari esok untuk amik report darah aku untuk tau bilangan platelet aku...100++ dah melayang hari ni...

24 nov 2014
pergi ke sekolah bertugas macam biasa walaupun badan aku sakit2 lagi...terpaksa memunculkan diri jugak sebab kena bagi in-house training kat cekgu cekgi ni pasal KSSR tahun 5 untuk 3 subjek yang aku pergi kursus...dah la cekgu paling muda...paling banyak subjek pulak tu kena sampaikan...kalau sihat xde hal sangat nak suruh aku bercakap ni...sudahnya tak sampai 30 minit pun untuk 3 subjek yg aku sampaikan iaitu maths, sejarah & pendidikan moral...

serius sangat x larat rasanya...abes in-house training tu, terus aku balik rumah walaupun waktu bertugas tak tamat lagi..sebelum balik, ada cikgu sekolah, Kak Aya, beri sup ketam utk aku...tengah hari tu ke klinik semalam skali lagi untuk amik report darah aku...platlet masih normal...range 300++ lagi masa ni...range normal 150-400...


sup ketam pertama dalam hidup..pelik je rasa sebab selalu makan ketam masak lomak cili api je...

tapi kan...tu yg semalam...hari ni aku tak tau la camne...doktor tu suggest sambung treatment kat klinik dia...aku xmo...semalam je dah mencanak sampai 100++...denggi ni bukan kejap2 nak baik...aku pun mintak doktor buatkan surat untuk refer ke klinik or hospital kerajaan...buat surat ntah bape baris pun kena charge rm25...huhuhuhu...nangis oiii....

25 nov 2014
pergi refer sakit aku ni ke klinik kesihatan kelana jaya...ramai tak terkata umat manusia kat sini...tapi macam ramai warga asing pun ye jugak...

amik darah untuk blood test lagi...doktor beri kad rawatan untuk denggi...platelet aku dah turun 200++ hari ni...doktor pesan minum air at least 3 liter sehari...puas weyh nak ngabeskan 3 liter tu dengan tekak dah macam pe rasa masa ni...paling sedih bila doktor kata aku kena datang hari2  untuk amik darah sampai la platelet aku normal...nak nangis betul rasa masa ni mengenangkan ketakutan aku pada jarum inject tu...

trip ke langkawi terpaksa dilupakan...lagipun badan aku memang rasa lenguh betul...nasib baik ada yang sudi ganti...

26 nov 2014
datang sekolah untuk amik guarantee letter (GL)...just in case kalau aku kena tahan wad, bayaran tu boleh tolak dari gaji aku je...still meneruskan rutin ke klinik untuk amik darah...

punya la aku tak larat sampai aku tertido kat klinik ni...ntah macam mana rupa aku tertido pun aku tak tahu...bukan aku nak kisah sangat pun masa ni sebab memang aku dah tak larat sangat...abes terlepas giliran aku...

pergi ngadu kat nurse...nasib baik doktor nak cek jugak walaupun kena bebel dulu seround dengan doktor sebab tak alert dgn giliran...baru tau rasa kena bebel camne...kat sekolah dok bebel kat budak je...tapi sebab tengah sakit, hati kering jugak even kena bebel tu...aku cuma rasa sakit sebab denggi ni...xde masa aku nak sakit hati sebab kena bebel...

sebenarnya doktor bebel pun bersebab jugak...sebabnya platelet aku mencanak jatuh lagi sampai 100++...dia nak suggest aku masuk hospital tapi member doktor sebelah tu kata x perlu lagi...fuuuuhhhh...lega beb...aku mintak kat doktor tu untuk sambung treatment kt rumah sebab osmet aku semua dah nak start balik kampung...xde orang boleh tengok2kan aku kat sini...so, balik je la...abah aku dtg dgn bas ke rumah aku & drive kan balik...aku memang dah tak larat nak drive masa ni...

27 nov 2014
cam bese la rutin aku...amik darah lagi..lebam dah tangan kiri aku hari ni sebab banyak kali kena cucuk...kena cucuk kt tangan kanan pulak hari ni...dengan sedihnya platelet aku turun lagi...dah below 100 masa ni...badan jangan cakap la...memang sakit betul sampaikan untuk berdiri nak sembahyang pun dah tak boleh...kena sembahyang duduk je...

selera makan memang out giler2...macam kunyah kertas je aku rasa...kertas pun kertas la...bubur yang ibu buat tu aku telan jugak walaupun x abes semangkuk sebab aku tak nak sakit aku bertambah dengan gastrik pulak...padahal aku paling suka makan bubur...tapi kalau selera out ni kau beri la pe pun aku macam tak de feeling je tengok...

sedih sebab esok birthday aku...huhuhu...

28 nov 2014
birthday tak birthday...amik darah tetap kena buat...sakit sangat kena cucuk...takut tu jangan tanya la...kalau boleh jerit memang rasa nak jerit sebab sakit & takut kena inject...platlet turun dengan jayanya lagi hari ni sampai 70++...kena bebel lagi seround dengan doktor...kalau below 50 esok, aku kena usung pergi hospital...

org sms & whatsapp wish bday pun aku macam dah malas gler nak reply...sedih woooo...masa birthday terbaring sakit...selalunya abah aku akan tanya aku nak makan pe & bawak aku pergi makan kat luar sebab aku memang xbpe suka sangat kek bday ni...cuma terbaring kat bilik...

aku memang xnak kena stay hospital...so, aku pun telan la jus daun betik yang ibu aku buatkan walaupun tak banyak...dah try telan sebelum ni...mmg tak kena dengan tekak aku betul...pahit tak terkata sampai rasa nak muntah...malam ni aku gagahkan diri telan jus betik tu...siap telan tu aku nangis sorang2 sebab kena telan air sepahit tu...loya tekak tu jgn cakap la...sendawa pun rasa pahit jus betik ni...mana tak aku nangis...huhuhuhu

minum susu kambing...minum jus manggis...minum 100 plus...minum sebanyak yang aku boleh...pesan doktor kalau nak minum 100plus kena cairkan dulu...contohnya amik 1 gelas 100plus tambah dengan 1 gelas air masak dulu baru minum...sebabnya 100plus tu banyak gula...nanti akan menyebabkan darah jadi pekat & susah nak sembuh...



sebelah malam tu dua2 tapak tangan & kaki aku gatal tak terkata...perut aku pun senak sengat...baring ke...duduk ke...semua serba tak kena...suhu aku pun 39 darjah celcius mlm ni...tak boleh nak tidur langsung...

29 nov 2014
bangun bagi ngadu kat ibu tak boleh tidur sebab perut rasa senak betul...ibu tanya kenapa tak panggil dia...sakit betul mlm semalam sampai nak bergerak pun tak mampu...sebelum pergi klinik, aku makan ubat ckup2...makan cukup2...minum air cukup...susu kambing, jus mangga, jus daun betik semua aku telan dulu siap2 sebab tak nak da platelet aku turun...

hari ni amik darah lagi...aku hulur tangan kanan tp nurse kata tangan ni dah lebam kena amik tangan kiri...aku hulur tangan kiri & ckp kat nurse yg tangan kiri lagi lebam...nurse geleng kepala tengok tangan aku...so, hari ni terpaksa cucuk belakang tapak tangan pulak...nurse cakap dia pasangkan lubang tube untuk masuk air skali sebab in case kalau platelet aku turun lagi, aku kena masuk air...

alhamdulillah platelet naik sket hari ni...aku tak jadi masuk air..aku tanya doktor jarum dengan lubang tube ni nak buat pe...doktor suruh pergi cabut...aku dengan "noob"nyer tanya... "ni nak tanggal jarum ni boleh saya tarik sendiri je camtu ke? tak sakit ke?"

percuma kena gelak dengan doktor...doktor tanya simptom2 denggi kat aku...masuk part perut sakit, aku terpaksa ngaku sebab memang sakit betul...kena bebel lagi dengan doktor apasal tak pergi emergency malam tadi sebab bahaya kalau sakit camtu...doktor suruh baring & tekan bahagian perut aku...macam nak meleleh air mata sebab sakit...

aku terpaksa stay hospital...nurse masukkan air & tunggu ambulans sampai...hambik kau...siap kena naik ambulans terus ke wad kecemasan...ibu aku teman naik ambulans...mujur tak baring atas stretcher je masa ni...sampai hospital naik kerusi roda je...nak pergi tandas pun nurse bawakkan naik kerusi roda...

stay wad emergency ni la bab paling aku tak suka sebab macam2 jenis sakit & bau ubat boleh dapat...3 1/4 pin air masuk hari ni...orang eksiden, orang macam2 jenis sakit semua ada kat sini...nasib baik tak berdarah2...dua orang kena iring polis...meracau2 sampai doktor terpaksa kasi ubat penenang...kalau tak pening aku tengok...


berjam-jam aku tunggu untuk tau aku kena masuk wad mana sebab doktor yang bertugas bahagian denggi x dapat turun wad emergency lagi sebab banyak kes denggi kat hospital ni...doktor tu terpaksa round wad dulu...jenuh weyh tunggu...dalam kol 9 tu baru dpt masuk 'suite' percutian aku...

wad bunga raya - level 9 - katil 17...sweet seventeen lagi haaa...
sebilik 4 orang..2 melayu, sorang cina, sorang india...

aku sorang dalam 'suite' ni yang tak perlu masuk air & sambung alat pe ntah...aku pun tak tahu kenapa...kau fikir cikgu je boleh bagi homework? doktor pun boleh hokkkaaayyy...semua yang masuk 'suite' ni dapat homework yg sama...


homework yang aku kena buat masa kena tahan wad...

semua orang dapat sejug air & cawan yg ada bacaan sukatan...kena minum at least 3 liter...brape banyak kau minum, kena tulis atas borang rekod...yang paling tak best, nak kencing pun kena sukat...siap ada bekas untuk sukat air kencing...siap kencing, kena rekod..tak kose aku nak amik gambar bekas nak sukat air kencing tu skali...hahaha...

30 nov 2014
kol 3 pagi dah kena kejut untuk amik blood pressure...kol 6 pagi seround lagi...tapi lagi sakit...kena amik darah lagi...lepas amik darah masuk ubat pulak ikut salur tube masuk air...sakit betul masa ni...terasa ubat tu mengalir dalam badan...macam nak cramp pun ada...doktor ada bagitahu nama ubat tapi aku x alert sebab tak nak tengok nurse inject ubat tu...takuttt...

menu sarapan sandwich telur dengan kopi O...masa ni selera aku dah nak mula up semula...so, aku rasa macam tak ckup je sarapan tu...selera raksasa aku dah nak kembali...hahaha...sampai waktu lunch cepat2 aku makan...orang kata menu hospital ni selalu tawar..tapi aku rasa ok je...lauk ayam masak kurma lagi tu haaa...


minum petang pun sandwich lagi dengan kopi O lagi...abes aku ngap...dinner pun sampai awal hari ni...abes jugak aku ngap...lauk ikan kerisi masak asam ngn sayur...bila adik aku call bagitau dah otw nak dtg melawat, dia tanya aku nak makan apa2 tak...selamba aku order KFC...siap request nak burger double zinger mcm dalam iklan..hahaha...

family aku sampai, terus aku ngap burger KFC tu...ibu tanya lauk tak sedap ke (sambil jenguk tray makanan aku)...aku cakap ok je tapi sikit sangat...x ckup...hahaha...ibu siap cakap aku sakit pun tak macam orang sakit...selera tetap besar...doktor & nurse pun terkejut tengok..tapi doktor xde la halang ke hape...siap suruh makan banyak2 lagi untuk naikkan semula blood pressure aku...mmg blood pressure aku low btl masa ni...duduk lama sket bila nak bangun x boleh bangun cepat2 terus...kompem jadi gelap pandangan nanti...

bila dah makin malam, sakit pada kawasan perut dah makin lega...terasa lagi sakit tu tapi x seberapa sangat da la...ibarat kena gigit semut...hehehe...sembang2 dengan doktor yang datang observe malam tu...tanya dia bila boleh keluar...kebosanan melampau dah ni hidup dalam wad ni walaupun dapat wad yg paling selesa kat hospital ni...doktor bagitau kalau perut dah tak sakit lagi & blood pressure aku okay pagi esok, baru boleh discharge...

doktor bgtau sebenarnya, sakit kat bahagian perut tu petanda ada radang pada hati...sebab tu aku kena tahan wad supaya doktor boleh pantau keadaan aku...no wonder la malam yang aku rasa sakit yang teramat tu, bahagian perut agak keras la jugak...

malam ni dalam wad tu aku je kot yang x rupa macam orang sakit...gigih aku telan air & makan sebanyak yang boleh sebab nak discharge esok punya pasal...orang lain dalam wad bersambung wayar lagi..aku sorang je yg dah bebas wayar...aku nak sambung rehat kat rumah...xmo da tambah satu malam lagi kat sini...

1 disember 2014
cam bese la pagi2 buta kena kejut utk cek blood pressure, amik darah and then masuk ubat sekali lagi...biru dah dua2 tangan aku kena cucuk...part masuk ubat paling aku tak suka...excited tunggu doktor datang observe pagi ni...

pagi ni blood pressure aku tak bape memuaskan pun sebenarnya...sampai doktor tanya selalu blood pressure memang macam ni ke? mana la aku nak ingat sebab jarang benor cek...lastly doktor assume ni memang blood pressure aku lepas tengok laporan perubatan aku sepanjang ada kat sini...cek perut pun dah okay...tak sesakit macam mula2 datang sini...platelet pun makin naik setiap kali blood test...


so, dengan itu, doktor bagi aku discharge hari ni...hoorrraaayyyyy!!!!terus sms ibu bagitau dah boleh discharge tengah hari tu...siap pesan bawakkan makanan lagi haaa...dasar selera raksasa betul...hahaha...lunch pun lambat sangat sampai hari ni...saje je tau nak dera aku kelaparan...nasib baik ibu datang rescue cepat...

doktor yg last observe ni doktor lelaki cina...entah apa nama dia aku pun dah lupa tapi kelakar betul dia ni...doktor ni xde la fasih sangat cakap melayu...lambat sket dia nak dapatkan perkataan yg sesuai utk sampaikan pada kita...memandangkan tiga pesakit pertama (termasuk aku) adalah melayu & india, so, dia pun cuba bercakap dalam bahasa melayu...kadang2 aku speaking omputih sket ngn dia sebab tengok dia mcm susah2 je nak cakap tapi dia tetap reply dalam bahasa melayu...wa salute you doktor...


pesakit last yg dia cek ialah auntie cina...sebab dah speaking melayu ngn 3 orang pesakit, tak pasal-pasal ter'speaking' melayu jugak dengan auntie tu...ntah kenapa sampai kat auntie tu lagi terbelit doktor tu nak bercakap..bila dah terbelit tu baru dia sedar yg dia boleh speaking mother tongue dia dengan autie tu...satu wad tergelak skali dgn nurse tengok aksi doktor tu...

tengah hari tu aku dah boleh discharge..tapi 8 hb kena follow up cek darah sekali lagi untuk pastikan darah aku dah clear dari denggi...since aku xdpt dtg 8hb tu, mintak ngn doktor utk dtg lebih awal...nasib baik boleh...xde pape bayaran yang dikenakan masa nak keluar wad tu sebab nurse kata pengecualian bayaran untuk kes denggi...


2-4 disember 2014
merehatkan badan sepenuhnya kat rumah...lega rasanya dapat balik rumah...dekat seminggu lebih selera makan aku hilang sebelum ni...lepas keluar wad ni, selera makan membuak2 betul...aku memang x kisah sangat pun kalau berat aku naik sebab aku tau memang susah pun nak naik...hahaha...sebelum masuk hospital tu berat aku 45kg...masuk air smpai 3 1/4 pin air terus mendadak jadi 46.5kg...


abeskan novel ni seketul...citer best...konflik yang berbelit sangat...memang tak boleh nak expect pe yang akan jadi untuk next chapter...

makan, minum, tido...tu je lah kerja aku 3 hari ni...sebab dah trbiasa banyak tido masa kat wad barangkali...tu yg keje nak membuta je...lagipun bdn aku memang still rasa penat lagi masa ni...tu yg tido je...tapi, solat dah tak yah duduk cam sebelum ni..

5 disember 2014
follow up kat klinik kesihatan...for sure kena amik darah lagi...MA ni pun banyak bunyik kenapa datang awal sangat sebab sepatutnya kena datang 8hb...doktor kat hospital sana dah bagi green light kot utk datang hari ni...


nak amik darah ni pun sekian lagi masalah...sebab dah tinggal 4 hari dengan arena amik darah ni, maka ketakutan pada jarum suntik tu datang balik...sebelum ni pun takut jugak tapi sebab dah hari2 kena, dah macam lali agaknya...

aku hulur tangan kanan untuk kena cucuk...
MA : tangan ni lebam...hulur tangan kiri
aku : tangan kiri lagi la lebam (sambil tunjuk tangan kiri yg memang biru lagi)
MA : (geleng kepala)..bagi tangan kanan balik..nak amik darah kat belakang tapak tangan...
aku : lebam lagi ni (sambil hulur tangan kanan pulak)...hari tu masuk air ngn ubat dari sini..
MA : (geleng kepala lagi) teruk betul lebam awak ni..belakang tapak tangan kiri x pernah cucuk lagi kan?
aku : belum...situ je clear lebam..
MA : haaa...mari sini tangan tu...saya amik darah dari sini sebab tempat lain semua lebam lagi... 

MA tu pun siap2kan alatan untuk amik darah..aku tengok jarum tu je pun dah kecut perut tiba2...takut ooooiiiii...

MA : laaa...apasal susah sangat darah ni nak keluar...awak relax...jgn takut sangat...lembut2kan sket tangan tu...
aku : (lekaih la MA wei...sakit + takut dah ni tengok jarum tu.....)

rasa nak nangis tahan sakit sebab memang agak lama untuk pastikan darah tu keluar secukupnya...kalau dah takut tu memang pucat sket...tu pasal darah susah nak keluar kot...

result blood test kali ni platelet aku mencanak naik sampai 600++...walhal bacaan normal range 150-400...cuak jugak aku sementara tunggu turn jumpa doktor ni...ye la...takut jugak kalau2 terpaksa admit wad semula...sampai turn aku doktor cek semua simptom denggi dah clear...aku pun tanya la jugak x bahaya ke platelet aku sampai 600++ tu...sape nak kena admit wad skali lagi kan...curious jugak nak tau kenapa sebab last cek sebelum keluar hospital bacaan platelet baru 200++...

doktor pun bagitau yang perkara ni normal untuk orang2 yang baru nak recover dari denggi...fuuuuuhhhhh....lega beb! bak kata doktor tu, buat masa ni platelet tu tengah berlumba-lumba nak bertambah lepas dah hilang banyak sangat sebelum ni...at one point nanti, platelet ni akan jadi stable semula...kena banyak2kan minum air lagi...

sekian dari level 9 wad bunga raya katil 17 hospital sultan haji ahmad shah a.k.a hospital temerloh...salute dengan doktor & nurse yang kerja siang malam..sepanjang 3 hari 2 malam kat sini, aku tengok outfit yg doktor pakai tak bertukar lagi untuk 2 hari pertama aku kat sni..on-call la gamaknya...nurse tak tahu la on-call jugak ke x sebab dorang pakai uniform tapi aku rasa sama je kena on-call barangkali sebab tengok mata nurse pun dah macam panda dengan eyebag besau...hari ke3 tu baru nampak doktor tu pakai outfit lain...

jaga persekitaran korang semua supaya bebas denggi...kemain panjang entri ni...hewhewhew...

see ya!

Wednesday, October 1, 2014

menjejak kediaman korang melalui satelit google

di dalam ketepuan nak memahami pentaksiran sejarah tahun 4 ni, aku godek2 la FB untuk cuci mata konon2nyer...
pastu aku nampak macam trending pulak orang post gambar rumah masing2...
suma dok cari rumah sendiri dengan satelit gugel a.k.a google...
aku pun try la jugak cari tapi dek kerana rumah terkini kteorg ni memang dalam kampung betul, makanya hasil pencarian hanya mampu setakat simpang nak masuk ke kampung je la...

rumah yang aku tinggal sekarang rumah yang ke4 aku tinggal...
dan aku rasa rumah yang ni rumah terakhir family aku barangkali...
tapi xtaw la kot ader yang bermurah hati nak bagi tanah ngn duit wat rumah baru ke...dapat rumah baru lagi...hahaha...

ni rumah pertama kteorg...
lokasi kat taman munsyi ibrahim, tampoi, johor...
tinggal kat sini sejak lahir sampai aku abes darjah satu...
rumah ni cuma sewa je..
x besar mana pun...2 bilik & 1 bilik air...
port feveret buai kat bawah tangga rumah...sampai umur 7 tahun pun nak melepek dalam buai...hahahaha...badan kecik kemetot...haruslah boleh muat lagi tapi spring pun macam nak rabak la...


masa duduk sini dulu, rumah2 kat sini mostly xde gate langsung..atap tambahan tu pun xde..
seingat aku dulu rumah yang gate pakai batu bata merah tu je yang ada gate siap dengan doorbell...
dan kami kanak2 hyperactive ni selalu main doorbell rumah tu...kasi tekan pastu lari...hahaha...
rumah pengasuh pun selang 3 rumah je dari rumah kteorg...

kisah rumah ni boleh baca balik kat sini -----> SINI

rindu giler kat zaman dok sini...
kena kejar anjing...eksiden basikal sebab langgar busut...jatuh masa main kat belakang rumah...penjual sate bergerak sebab dia jual sate naik motor...hahaha...

tak masuk tadika pun masa dok sini...belajar tulis ngan membaca dari rumah je...
umur 6 tahun follow ibu aku pergi sekolah...siap pakai uniform...cuma bezanya nama aku x didaftarkan...jadi penghuni kelas sesuka hati...ibu aku letakkan aku kat kelas dia yakni kelas hujung jugak la rasanya...
kalau aku sukakan cikgu tu, aku akan stay dalam kelas...kalau aku rasa cam bosan or aku x suka cikgu tu, selamber aku angkat beg pergi bilik guru lepak tempat ibu aku...
kadang2 aku rasa bosan sebab asyik ajar membaca walhal aku da lancar membaca sejak 5 tahun (kalau x silap aku la...) riak giler la budak ketot ni...hahahaha...
macam2 lagi la kenangan masa dok sini...

yang ni rumah second kteorg...
lokasi taman temerloh jaya, temerloh, pahang...
3 bilik & 2 bilik air..
kali ni rumah ni abah aku beli...


tinggal kat sini dari start darjah 2 sampai aku umur 20 tahun...
rumah ni sekarang dah dijual kat member abah aku...rumah ni terpaksa jual sebab nak beli tanah & buat rumah baru...
kalaulah masa nak jual rumah ni aku dah keje, memang aku amik je...
aku suka rumah ni sebab lokasi rumah ni agak strategik la berbanding kawasan lain kat perumahan ni...

depan rumah ada taman permainan...belakang rumah xde perumahan lain...so, belakang rumah memang xde la orang nak melepak, xde la kete meriah nak lalu lalang or bunyi bising rumah belakang di'absorb' ke cuping telinga...jalan depan rumah pun x busy mana...x banyak kete lalu...
sekolah ngn kedai pun boleh pergi ngn jalan kaki je...
paling aku suka bilik tengah yakni bilik aku pun ada tingkap yang menghadap ke luar rumah...
aku tengok mostly design rumah teres skrg ni selalu bilik tengah xde tingkap...kalau ada pun, tingkap tu hadap dalam rumah jugak...pengudaraan x masyuk mana la...

masa baru pindah sini, aku still 4 beradik...
dalam 4 tahun tinggal sini, adik beradik kteorg dah bertambah jadi 6 orang & yang bertambah tu perempuan...
so, bilik aku yg asalnya hanya berdua, terpaksa berkongsi 4 orang...
yang kesiannya, adik aku yg lagi 2 orang tu akan bergelimpangan tido kat ruang tamu masa 2 orang kakak dia ni balik rumah masa cuti...
tambah ngan abah & ibu aku yg suka tanam pokok, makanya kami pun bermigrasi sekali lagi...

sebelum pindah rumah yang aku tinggal sekarang, kteorg sempat tinggal for few months kat rumah guru sebab abah aku sambung belajar...
sekolah kteorg dari rumah yg ke2 tu memang super jauh iaitu kira2 50km sehala...
masa ni weekdays kat rumah guru...weekend baru kteorg balik rumah...
malas pulak nak gugel rumah yg ni...

rumah terkini...
lokasi kampung desa murni sanggang, temerloh, pahang...
5 bilik & 3 bilik air...



jenuh carik gambar front view rumah tapi x jumpa...mihmihmih...
ni pun cilok dari insta adik aku...
gazebo tu handmade oleh abah aku...kteorg jadi assistant je...

alhamdulillah rumah kteorg kali ni bertambah selesa berbanding rumah sebelum ni...
kteorg adik beradik berkongsi 2 org untuk satu bilik...bilik utk tetamu pun ada kalau nak bermalam...
kalau sebelum ni, masa sedara mara datang bermalam je, abes penuh segenap ruang rumah...
laman rumah pun luas untuk parking & bercucuk tanam...
cuma kurengnyer aku x kenal mana org2 kat sini..huhuhu...tapi ibu abah aku opkos la kenal org sekeliling sini...
pindah sini pun masa aku study lagi...masa cuti semester kteorg balik kampung kat johor... (alasan semata-mata...hahahaha)
sesat nak cari rumah sendiri pun pernah...pffftttttt....

so, kalau korang rasa nak meng'gugel' rumah, sekolah or tempat first dating korang barangkali untuk mengimbau kenangan or memori silam, silalah masukkan alamat ke website berikut :


semoga berjaya mengimbau kenangan silam korang!


Tuesday, September 9, 2014

air yang didincang takkan putus

pepatah melayu mengatakan air yang dicincang takkan putus...
tapi dek kerana ada seorang murid yang sengal macam aku ni, maka terbitlah satu persoalan kepada cikgu aku...

"air batu boleh putus, cikgu. tak yah cincang pun, baling je pun da pecah"

mujur cikgu aku penyabar orangnya bila nak berhadapan dengan murid sengal macam aku...

"tu kan air batu..ni yang cikgu cakap ni air...kan dua benda berbeza tu...kamu bukak air paip pastu cuba la cincang.."

balik rumah, masa mandi aku pun bukak air paip pada sinki & cuba uji try test cincang air tu...xde la aku nak seludup pisau ke hape...just cuba mencincang guna jari...sedaya upaya aku cuba pisahkan air tu tapi tak berjaya...

terpaksalah terima hakikat bahawa apa yg cikgu aku cakap tu memang benar...

air yang di cincang takkan putus membawa maksud hubungan antara adik beradik tetap utuh walaupun bergaduh serupa macam anjing dengan kucing...

 

adik beradik aku 6 orang & aku yg sulung...dan sebagai anak sulung selalu jugak aku gunakan kuasa veto untuk buat keputusan...hahaha...giler kuasa jugak kadang2 tu...
bab gaduh pun power jugak...selalu jugak berperang dengan adik2 aku...
aku hingga anak yg ke4 ni jarak umur x bpe jauh sgt...bila da besar sket, kteorg yang selalu gaduh ni selalu berpakat untuk menyakat adik yg lagi 2 org ni sebab umur yg agak jauh beza ni yg buat kteorg ni seronok berpakat menyakat...

antara kegiatan yg aku selalu buat pada adik2 aku dulu (confession seorang kakak yang super nakal + sengal...hahaha) :

1- aku suka conteng muka adik aku masa diaorg tido...aku akan conteng guna kaler luna sebab boleh larut dengan air...celup2 dalam air pastu slow2 conteng muka adik aku...so, bila adik aku bgn pagi, ibu or abah aku pun ternampak la muka adik aku yg penuh contengan tu...aku gelak sakan sebab seronok dapat buat camtu...kesudahannya, aku yg kena marah...insaf la kejap pastu buat lagi...hahaha

2- aku berempat buat bilik tidur aku jadi serupa macam rumah hantu...aku gantungkan anak patung barbie yang aku contengkan sehodohnya sebab aku da x sayangkan lagi barbie tu pastu gantung pada tingkap bilik..pastu modified bajunya jadi macam baju pontianak...hahaha...tali yang gantung tu aku make sure boleh laras...so, boleh digerakkan utk kasi efek boleh terbang...kteorg ber4 amik position masing2 & panggil adik aku utk masuk..elok dia masuk, kteorg terus tutup lampu & masing2 main peranan...meraung ketakutan adik aku...hahaha...sebabak lagi kena marah sebab takutkan adik camtu...

3- packing santan kotak kan ada gambar kelapa diluarnya...aku bersungguh-sungguh bgtau adik aku kat dapur ada air kotak kelapa...siap promote bgtau air tu mmg sedap giler...adik aku dengan keyakinan yg jitu terhadap confession aku tu pun teruslah ke dapur & amik 'air kelapa' tu...dah nama pun santan, mana nak dtg strawnya dok? so, adik aku pun amik la 'air kelapa' beliau & bawak pada ibu utk minta tlg bukakkan supaya dapat teguk 'air kelapa' tu...ibu pun heran la apasal beriya sgt adik aku nak minum 'air kelapa' tu sebab hakikatnya tu bukanlah utk diminum...adik yg teraniaya tu pun bagitau yg kakak dia yg sengal ni yg suruh minum...sebabak aku kena lecture sebab tipu adik aku...hahaha...


4- masa kteorg masih lagi 4 beradik, kteorg tinggal dengan mak cik kat rumah masa ibu abah bekerja...elok mak cik aku tinggal kteorg kejap utk solat, aku amik minyak rambut abah aku & lumur kat seluruh badan adik aku yg bongsu(masa ni bongsu lg)...dia da la gelap sket orgnya..bila dilumur dgn minyak rambut tu, mak cik aku cakap da serupa macam org minyak rupa adik aku tu...tak cukup dengan tu, aku amik bedak & curahkan kesemuanya kat lantai utk main dgn adik2 aku sambil jerit2 "salji! salji!"

tu antara kegiatan kenakalan yg aku da buat pada adik2 aku yg sempat terlintas dalam kepala aku saat ni...kalau nak list semua memang byk...sampai ke hari ni pun adik bongsu aku selalu tertanya-tanya macam mana aku boleh jadi anak sulung dengan perangai nakal aku suka buat keje ntah pape ni...hehehe...kesian korang dapat kakak yang nakal ni...

gaduh2 camne pun...
kena nyakat dengan aku teruk camne pun...
bila sakit...bila luka...adik2 aku akan cari kakak abang yg awesome ni untuk sapukan ubat jugak...
suwwwwiiiittt tak???
hahaha...

aku kalau demam pun selalu je mengada request macam2 kat adik aku especially yg bongsu tu...
mintak buatkan air ke...mintak amikkan makanan ke...amikkan hp ke...
dengan alasan aku x larat nak bangun...
bila da makin besar ni, setiap kali aku balik, aku akan buli2 manja dua org adik aku yg still sekolah lagi untuk buat macam2 tiap kali balik...kalau xnak buat siap ugut xmo bawak dorg pegi jalan2 sebab mmg aku yg selalu bawak dorg pg jalan2, shopping or tgk wayang...
kena ugut cmtu memang kompem buat punya la segala request aku...
hahaha...gunakan kuasa veto yg ada sebaiknya...

bila da makin besar ni, semua da sambung belajar jauh2...jarang2 dapat kumpul semua sekali ada kat rumah...selalu je akan missing sorang dua...yang masih sekolah tu pun dua2 dok asrama...
tinggal berdua la ibu abah aku kat rumah...nasib bek la anak yg nakal ni keje serupa macam ibu abah dia...so, masa cuti kteorg sama & dapatlah aku menempel kat ibu abah aku lama sket...

miss my family...

ok...sambung buat kerja semula...
tata!!
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com