G.E.N.G

nuffnang

Monday, June 11, 2012

Johor Premium Outlets (JPO)

cuti semester berbaki lagi seminggu je ni...
last week, aku balik kampung ngan family kat kulai, Johor...
elok sampai sana je, next day tu aku da collapse ngn selsema...
nak bernafas pun ya ampun susah...

tapi bila incik abah ajak kami jalan2, terus aku buat2 sihat sebab nak ikut...
padahal masa tu aku bersin x hengat...
tiba2 je bdn aku 'sihat' bila ada yg ajak g jalan2...
no medicine needed when i'm getting sick...
just a car key and a trip...hahaha...
tapi sebab nak pegi jalan2 punya pasal larat x larat pun aku bedal je la...
in fact, aku plg anti kena makan ubat-ubatan ni...

actualy, aim pegi jalan2 ni sebab nak cari kasut utk adik aku...
entah cmne incik abah tergerak hati nak ke JPO @ Johor Premium Outlets sebabnya plan nak jalan2 kat IOI Mall je...

camne nak pegi sini?
nak senang guna je lebuhraya utara-selatan plus...
kua kat exit senai...
pastu follow je la signboard yg bersepah sejak kat lebuhraya tu lagi ha...
kalau sesat gak xtaw la...
JPO ni pn sbnrnya baru x baru pun, end of 2011 gak baru launch pembukaan dia...
kira baru lagi la tu kan...

ni peta utk ke JPO
kredit utk pak cik google utk gambar
sila cari signboard exit ni kat lebuhraya utara-selatan kalau nak ke JPO...
kredit utk pak cik google utk gambar
kan aku da kata tadi...memang bersepah signboard tunjuk arah ke JPO...
kredit utk pak cik google utk gambar...


first time sampai sini agak excited gak la...

dalam ati konon nak shopping bagai kat sini...nak snap gambar banyak2...
tapi dek kerana selsema yg menggugat hidung aku ni telah membantutkan niat aku utk menggedik amik gambar posing sana sini kat JPO ni...
sudahnya sekeping gambar pun aku x amik even kamera ada je pun dlm handbag ni...

utk kaki shopping brg2 branded, tempat ni memang syurga shopping bagi korang...
beg, baju, perfume, kasut, jam & even brg perhiasan kat rumah pun ada...
Rosyam Nor pun shopping kat sini...
aku nampak dia menggalas brgan Timberland masa aku dok rehat2 kat lua sebab nek semput dok dalam aircond lama2 ngn selsema aku ni...
nak ajak bergambar sama2 mmg aku da lembik masa ni sebab dok dlm aircond lama sgt...
usha dari jauh je la yg aku mampu...

kalaulah Donald Trump nak amik aku jadi anak angkat dia ke...
kalaulah Mark Zuckerberg nak amik aku jadi share partner dia ke...
xpun kalaulah paling tidak pun Dato' Yusof Haslam nak ajak aku jadi produser filem company dia ke...

memang aku dtg JPO ni bawak kad kredit 2-3 keping shopping kat sini...
aku leret je kad kredit tu sebabnya kalau nak bawak duit memang ancaman untuk dirompak sgt tinggi la...
sebabnya barang2 kat sini ya ampun sgt mahal... 
x sesuai nak menjinjit beg duit tebal2 dtg sini...
nnt takut2 free2 je kena ragut or etc...

*utk students mcm aku mmg sgt mahal la kalau nak shopping kat sini...melainkan Donald Trump, Mark Zuckerberg & Dato' Yusof Haslam setuju utk wat perkara aku mention tadi*

bagi x pernah sampai lagi JPO ni, sebenarnya JPO ni lebih kurang macam satu kawasan deretan kedai2 barangan berjenama...
tapi design bangunan kat sini mmg cantik la...
x la macam kedai kat belakang rumah korang tu...hahaha
JPO ni sebenarnya rangkaian perniagaan Premium Outlets...
sebab lokasinya kat Johor, maka jadilah namanya Johor Premium Outlets...
cekidaut lokasi Premium Outlets yg lain kat SINI

antara brand yg ada kat sini ialah Adidas, Lacoste, Padini, Vincci, Quicksilver, La Senza, Guess, Roxy & etc...
cekidaut jenama yg ada kat JPO --------> klik di SINI

ni antara brand yg ada kat JPO
so, memandangkan aku x sempat nak snap gambar kat sana, maka pak cik google dgn rela hatinya share gambar2 JPO ni untuk tatapan korang semua...
kredit gambar utk pak cik google...
kalau nak banyak lagi pics, sila google sendiri @ terus pegi sana & amk sendiri gambar....






sudahnya, aku pulang dgn tgn kosong jer...
adik aku je yg dpt seluar kat Padini...
nak grab pape pun aku jadi xde mood sebab x tahan nak dok dlm air cond usha2 brg...

*tunggu LEGOLAND plak bukak...*

by : serangkai 1

Tuesday, June 5, 2012

kek coklat moist

suka makan kek tapi xtau camne nak buat sendiri kek?
jom try resepi kat bawah ni 

|
|
|

bahan-bahannya :











cara-caranya :
1) cairkan dulu mentega dlm periuk yg bersesuaian. api x yah besar sgt


2) bila mentega da cair, masukkan susu cair, esen vanilla & gula castor. Masak sampai gula hancur. Pastu, pindah dalam bekas lain. Biarkan sejuk dulu.


3) Sambil nak tggu sejuk tu, pukul telur sampai kembang.


4) bila mentega tadi agak2 macam da sejuk (x yah la sampai sejuk bebenor sgt...jenuh la nak tggu), tuang telur dalam adunan mentega tu. gaul sebati.

5) pastu, masukkan serbuk koko tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan sampai rata. Pastu baru masukkan tepung. Gaul sampai xde yg berketul da.


6) Sapu mentega keliling loyang. Pastu taburkan tepung bagi rata.


7) Tuang adunan dalam loyang


8) Kukus guna api sederhana kira-kira sejam. Nak bakar2 kek ni gua x reti wo...


tadaaa....ni hasil lepas kukus...
ekceli kek ni pecah sket kat belah tengah...ni hasil lepas diterbalikkan
ibu cakap maybe terlebih tepung..lagipun aku terkukus lebih masa sebab tertido masa tggu kek masak...


sekarang nak tunjuk cara utk wat topping lak...

bahan-bahan :

coklat masak (ikut suka nak guna byk mana)
mentega 1 sudu
whipping cream (lebih kurang secawan..byk sgt ni cair nanti...meleleh2 sgt nnt masa nak tuang)

ni la whipping cream bagi yg x kenal tu...
whipping cream ni ada banyak jenis...
kalau nak  jadikan krim letak atas kek,
cek label ada tulis x for dessert and cake..
kalau jenis tu putar jap je da kembang...
jenis cam atas ni putar x jadi kembang pun...
wat topping cam steps bawah ni seswai la

cara-cara :

1) Cairkan coklat guna kaedah double boiling *betul x ntah istilah ni...sila lihat gambar utk lebih paham*. Sila guna bekas besi @ periuk kecik untuk letak coklat tu


2) Bila coklat da cair, masukkan mentega. Gaul bagi rata baru letak lak whipping cream. *gambar lupa snap masa ni*

3) Tuang coklat atas kek. Hias ikut suka korang...tadaaaa!!!



selamat mencuba!
^_^


resepi den amek kat sini --------> resepi kek coklat


by : serangkai 1
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com