G.E.N.G

nuffnang

Thursday, January 2, 2014

budak tersepit pada kerusi

hari ni merupakan hari pertama persekolahan sesi 2014 utk budak2 bagi negeri selain terengganu, kelantan ngan kedah sebab depa da start sekolah 1 january lg da...

teringat masa mula2 masuk sekolah masa tahun 1996...sepatutnya masa tu aku kena masuk tadika tp aku pun xtaw pe pasal aku x pergi tadika tapi ikut ibu aku masuk sekolah duduk dlm darjah 1...pintar cerdas mcm adi putra barangkali...wakakaka...

tp aku xde da duduk dalam kelas tetap sepanjang masa...aku masuk kelas yg ibu aku pegang...kelas last skali kalau x silap...bila aku rasa x suka ngan cikgu yg ajar masa tu, selambe aku angkat kaki keluar pergi bilik guru...hahaha...cikgu tu pun x blh nak marah sebab aku bukan student tetap kelas tu pun...kre mcm menumpang je...masa tu aku da reti nak membaca ngan mengira...so, xde hal la kan kalau aku xnak masuk kelas pun...hahaha...

1997 aku officially masuk darjah satu...ibu da x bagi aku sesuka ati nak keluar kelas kalau aku x suka cikgu yg ngaja masa tu...since aku da penah masuk darjah 1 masa umur 6 tahun, agak boring jugak la masa ni sebab banyak benda yang aku da belajar...hahaha...riak betol la budak sorang nih....da ler boring dalam kelas, nak beratur beli makanan kat kantin pun malas...elok da beratur pastu nampak ibu aku datang kantin, terus aku ikut ibu masuk tempat makan guru...order dari dalam je...hahaha...memang best buat sekolah ni macam sekolah sendiri je...

masa darjah 1, aku dapat jadi penolong ketua kelas...ketua kelas aku nama faiz kalau x silap aku...dalam kelas aku masa tu memang ramai jugak la bdk2 laki nama faiz ni...ntah pe nama penuh ketua kelas aku tu...femes btol nama faiz masa ni...since aku ni anak sulung, budak2 kelas pun aku lanyak macam adik aku je...xde la aku hempuk bagai macam aku wat kt rumah...

memang aku ngn si faiz ni jaga betol2 bdk2 kelas kteorg bg jangan bising & merayap kua sesuka ati...memang mcm singa kteorg jaga kelas tu...super duper garang...adegan kejar mengejar pun ada...kelas aku yang hujung skali kat blok tu...bila ada bdk kelas aku yg cuba lari keluar, aku ngan faiz ni atur strategi nak tangkap dorg ni...dua2 pegi kejar tapi ikut arah berbeza...sila bayangkan sendiri camne aksi kejar mengejar tu...memang kompem terkepung budak tu...hahaha...da macam polis aku masa ni...

nakal camne skalipun aku masa sekolah dulu, seingat aku, xde lagi cikgu2 datang rescue...gaduh2..nyakat2 org tu memang perkara biasa bagi aku...tapi xde lagi la aku buat kes bukan2 macam budak2 sekarang...hari ni je da jadi macam trending pulak ramai budak2 tersepit kat kerusi sekolah...serius aku heran ape ke benda la yang budak2 ni buat sampai boleh terjerumus kat kerusi tu...da lepas masuk pastu x lepas nak keluar pulak tu...


tertanya-tanya jugak camne budak2 ni boleh terselit kat kerusi tu...


ni kompilasi gambar yg jadi trending budak2 sekolah hari ni...dugaan betol la kalau aku jumpa budak2 camni masa ngaja nanti...panggil bomba mcm extreme sangat...hahaha...kat sekolah kan ada bengkel kemahiran hidup...guna je la segala peralatan yang ada kat bengkel tu...xpun guna peralatan tukang kebun sekolah...memang akan dikenang sepanjang zaman la budak2 yang tersepit ni...kihkihkih....

tugas cikgu kat sekolah bukan setakat mengajar je...kena jugak pastikan bdk2 ni selamat & back home with one piece...hahaha...maknanya cikgu2 ni kena pastikan keadaan bdk2 ni sama mcm yang mak bapak dorg anta kat sekolah...

tengok video bawah ni...betapa cikgu2 ni berusaha nak keluarkan kepala budak tu...kalau aku jadi budak tu ngeri woiiii gergaji dekat gler kat kepala...hahahaha....nasib baik aku x nakal camni dulu...



ramai pulak insan2 yang parody tragedi yg jadi trending hari ni...seronok yer tersepit kerusi camtu...kalau x blh kua kepala tu baru hang tau...




sekian dari bakal cekgu yg windu mau pergi sekolah...kihkihkih....

review : 47 ronin


cte ni memang awesome...it based on a true story...

awesome x awesome pun aku da trlambat dalam 5 minit masuk panggung...hahaha...
starting tu agak penting bg aku sebab sampai hujung aku blur asal usul dia...wakakaka...

ronin tu sebenarnya gelaran untuk kumpulan samurai yang kehilangan ketua mereka...kira mcm hilang tuan ler...lebih kurg camtu la...since depa ada 47 org ahli, maka jadi ler 47 ronin tu...maknanya 47 org pahlawan yg kehilangan ketua or tuan mereka...

cerita ni mengisahkan tentang seorang budak kacukan yg dipanggil half breed or nama dia Kai yg dibela oleh seorang samurai sejak kecik cuma x duduk sebumbung...part ni yg wt aku blur sebab lambat 5 minit punya hal...so, aku blur2 sket budak ni kacuk dgn suku pe...

Kai dibesarkan mengikut budaya jepun atau ebih tepat lagi budaya samurai tapi Kai x diterima oleh suma samurai yg lain disebabkan keturunan Kai yg bukan berdarah samurai...nak dijadikan cerita, kawasan kump samurai ni jadi tuan rumah utk satu event samurai...kira dalam event ni suma kumpulan2 samurai dari pelbagai puak hantar pahlawan terhebat mereka utk menunjukkan kekuasaan puak masing2...

aku lupa puak kawasan Kai ni nama pe...hahaha...

masa event ni, Kai ada syak yang ada puak yg cuba gunakan sihir utk jatuhkan puak kawasan Kai ni sebab puak ni kre yg terhebat la antara puak2 yg lain...tapi disebabkan samurai lain x terima kewujudan dia, samurai2 ni x percaya la kata2 Kai sehinggalah pahlawan puak mereka turut disihir sampai mati...disebabkan xde samurai lain yg dapat ganti, Kai amik alih utk mengelakkan puak mereka malu tetapi x diketahui oleh puak2 lain...

tapi terkantoi saat sut yg dipakai Kai terdedahkan mukanya dan menyebabkan raja mereka marah dan menjatuhkn hukuman kepada Kai...pada malam yg sama jugak, puak yg menggunakan sihir tu cuba menyihir ketua mereka sehingga menyebabkan ketua mereka menyerang ketua lain tanpa sedaar sehingga hampir membunuh...atas kejadian tu, ketua mereka dihukum mati oleh raja mereka...hukuman mati pulak dilaksanakan oleh saudara kandung dia sendiri...ni salah satu adat samurai apabila dijatuhkan hukuman...bergantung kepada kesalahn yang dilakukan...

dari kejadian inilah, kumpulan mereka kehilangan ketua dan puak mereka digelar ronin...Kai dihukum menjadi hamba manakala anak perempuan ketua mereka dijadikan sebagai calon isteri puak yg cuba menggunakan sihir iaitu Lord Kira...anak perempuan ketua mereka ngn Kai ni mcm fall in love sama2 mereka tetapi macam cinta terhalang jugakla sebab faktor darjat yg berbeza...ahli puak yang lain pulak dilarang sama sekali membalas dendam atau cuba utk menebus balik kematian ketua mereka...

anak perempuan ketua mereka (aku x igt pe nama beliau) diberikan tempoh setahun utk berkabung sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Lord Kira...dalam tempoh tu jugak la Kai hidup dalam buangan menjadi hamba di kawasan perlabuhan...kat sana Kai disegani kerana kemahiran bertempurnya yg hebat...anak buah samurai yg lain pulak berkumpul utk menyelamatkan anak perempuan ketua mereka agar kawasan mereka mempunyai pemerintah...Kai turut diajak menyertai kumpulan mereka utk menebus kembali maruah puak mereka...

macam2 strategi diatur bagi mendapatkan kembali puteri mereka (anak prmpn ketua mereka)...pum pang pum pang punya lawan, maka dpt jugak ler mereka ni bwk balik puteri tersebut...part ni yg sedih kaw2 ngan aku...elok2 da berjaya bawak balik puteri, kesemua 47 ronin tu termasuk Kai dihukum bunuh ikut adat samurai sebab langgar perintah raja yg melarang menebus kematian ketua mereka...da ler masa ni Kai ngn puteri tu baru nak bersatu balik chenta dorg...wakaka...seyes sedih wooo time ni...dorg baru nak hepi dapat jumpa balik tapi trpaksa berpisah jasad dan nyawa sebab da langgar perintah raja...nk wat camne kan da tu adat samurai ni...maka tinggal la puteri tu keseorangan...aaaaaaaa....sedih sgt time ni...

overall aku puas ati ngan jalan cte & effects yg digunakan dalam cte ni...cuma satu la...since ni cte pasal sejarah jepun, so, aku rasa cte ni suppose lg feeling jepun kalau pelakon dia pun speaking jepun...tp dalam cte ni speaking london suma skali dari awal sampai abes...xde la bnyi konichiwa segala tu...kihkihkih...tp speaking jepun or london skalipun, jalan cte dia sgt menarik...

kenapa ending mesti sad ending.....waaaaaaaaa.....

sekian ulasan dari pengulas movie yg x bertauliah :P
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com