G.E.N.G

nuffnang

Sunday, December 14, 2014

resepi : jeruk mangga asam boi

giler viral betul jeruk mangga asam boi ni...
mula2 tengok orang post kat FB, mau meleleh air liur tengok...
mau x meleleh kalau dah aku ni memang peminat tegar jeruk mangga...
tapi yang tak tahan tu, mostly yang menjual tu nak kena pos bagai...
aku siap usha mana2 online seller yang boleh COD dekat dengan rumah aku...
aduilaaa....
mana mampu kau nak tahan...



dah macam masuk level orang pregnant yg mengidam gamaknya...
kesian la siapa yang kawen dengan aku nanti...
tak ke naye kalau dibuatnya aku mengidam benda yang susah nak dicari...hahaha...
tak termampu rasa nak menahan keinginan yang terlalu membuak-buak ni...

sampaikan best friend aku yg tengah study kat jepun tu pun boleh whatsapp kat aku mintak jeruk tu...
kesian dia...
dah ler kat sana memang susah nak dapat buah mangga...
last2 aku cadang kat dia buat guna epal hijau je dulu wat kontrol gian ke mangga tu...
yang tu lagi la super duper kesian...





see..kesian member aku kat jepun nun haaaa...
makanya, aku yang nak ke jepun ni pun bawakkan la mangga & segala bahan untuk buat jeruk mangga asam boi ni haaaa...
story jepun lepas ni kita hapdet...


jeruk mangga asam boi made in japan oleh member aku...

dah memang jenis aku sekali aku dah nekad kata aku nak, aku akan pulun bagi dapat...
tu mujur aku kata nak...buat aku kata tak nak, toksah dok pujuk la...kalau berjaya buat aku berubah jati pun mujur sangat la...

berbalik dengan kisah mangga asam boi ni...
dek kerana terlalu viral jeruk ni, maka aku pun google lah resepi si jeruk mangga asam boi ni...
chehhhh!!!! senang sangat nak buat....hahahaha...
kalau aku beli online tu memang kompem aku menyesal kalau tahu resepi ni..

orang tak reti memasak pun boleh buat asalkan reti nak kupas buah mangga...hahaha...
serius tak tipu...senang sangat!

bahan-bahan :
3 biji buah mangga
sepeket asam boi
serbuk asam boi
cili padi
garam
gula

cara-cara :
1 - Kupas mangga & potong ikut saiz yang korang suka.
2 - Masukkan bahan2 lain..gaul sebati.
3 - Ada sesetengah asam boi ni agak masin...so, tak yah dah la bubuh garam. Cili padi tu letak la ikut level kepedasan yang korang suka. Gula tu pun kalau nak letak dalam satu or dua sudu pun dah ckup..bagi aku function gula tu untuk control level kepedasan je..
4 - dah siap gaul semua bahan tu, simpan dalam bekas tertutup & letak dalam freezer lebih kurang 2 jam. siap untuk dimakan! kalau nak makan terus lepas gaul semua bahan tu pun okay jugak tapi lagi best kalau makan sejuk2..nak lagi cepat bubuh dalam bahagian freezer...memang walllahhh!

selamat mencuba!


Wednesday, October 22, 2014

blog feveret

kadang bila jarang2 hapdet ni bukannya aku meninggalkan terus dunia blog ni...
seronok ada blog ni...
segala benda yang bersemak dalam kepala yang x dapat nak diungkapkan dengan kata2 boleh diluahkan dalam bentuk tulisan...
bila dah lama x hapdet tu, boleh bayangkan lah sendiri betapa bersemak samunnya kepala aku ni...
hahahaha...
lain orang, lain caranya untuk melegakan kepala hotak memasing...

walaupun aku x menghapdet blog aku, selalu jugak aku usha line blog orang lain...
lately blog feveret aku ialah blog ni -----> Namee Roslan

aku follow blog dia dari sebelum dia kawen sampailah sekarang ni dah preggy anak kedua...
aku suka baca blog dia ni opkos la sebab memang almost hari2 dia akan hadpet dengan story2 baru..
macam2 kisah dalam blog dia...
kisah cinta yg memulanya tak direstui tapi at last direstui jugak....\
kisah pengalaman dia jadi mummy...
kisah pengalaman dia nak kena caesar (eh...betul ke ejaan aku ni?)...
projek2 DIY yang nampak simple tapi useful...
resepi sket2...tips2 kecantikan...hehehe
macam2 ler kisah dalam ni...

tulisan dia pun santai je..
kadang2 aku boleh gelak sorang2 bila baca...
paling aku salute tentang dia ni walaupun fulltime housewife buat masa ni, dia sekarang tengah study untuk master pulak...
walaupun kena jaga anak kecik yang baru setahun lebih...dengan preggy lagi...
siap hapdet blog hari2 jugak la...
mana dia dapat energy & semangat camtu eh...
aku yang baru planning nak sambung master pun malas betul nak mentaip kat blog ni...
padahal banyak benda terbuku dalam kepala hotaks ni....

sekian!
Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com