sibuk dok pom pang pom pang ngan praktikum, aku sempat lagi melayan pesbuk sekali skala...
aku tgk ramai dok up status pasal al-kisah satu drama bersiri melayu yg tgh hot skrg ni...
kalau dah berjemaah up status benda serupa, mesti best cerita tu...
tp aku wat dunno je lg...
keterujaan yg dpt dilihat kat page FB Adam & Hawa |
suma mcm da kena demam berjangkit cte Adam & Hawa je...
cte ni adaptasi dari novel...
aku pun mcm nak berjangkit da ngn demam cte ni...
sekarang ni da masuk episod 8...
housemate aku pun layan cite ni...
siap hasut2 aku lagi suruh tgk gak...
housemate : soley, tgk la cite adam & hawa tu...sweet sgt...
aku : ala...malas lagi la..nk kena tggu tiap2 episod...download sikit2 pastu nnt marathon tgk...br best...ada bpe episod ea suma skali?
housemate : 80 episod
aku : errr..byk gler...(dlm ati : kena start tgk da ni...byk sgt episodnyer...hahaha)
memandangkan hari ni xde pape perancangan untuk kua berjimba, aku pun on laptop, terus search link utk download cte tu dari episod pertama...
kelepak kelepuk kelepak kelepuk mendownload dgn kondisi internet yg agak 'ayam' sebab hujan masa ni...
masa type entri ni, aku baru berjaya download 3 episod dalam tempoh masa 3 jam +++...
*kalau nak tggu full episod baru nak download, mmg bungkus la nk tggu ngn tenet yg mcm 'ayam' nih...*
aku mls nk tgk yg kena streaming video tu...
ngn internet mcm 'ayam' ni, lagi menggugat kesabaran nnt...
mana taknya, kalau tgh syok lyn cte tu, tiba2 tersangkut...
xke menimbulkan angin puting beliung pada mood korang nnt...
so, kena blaja bersabar mendownload cte ni la...
setakat ni, aku baru tengok 1 episod je yakni episod pertama la...
*type entri mcm da tgk full episod skali ngn layan novel dia je...kikiki...*
abes je lagu intro cte ni, terus kua encik Aaron Aziz dgn uniform pilot...
arrrggghhhhhhhh.....
sila kawal tahap teruja bila tgk gambar ni... |
keterujaan tahap maksima bila tgk pilot biarpun tu bukan pilot yg real pn...
keterujaan terhadap Aaron Aziz da jatuh kat level bpe ntah...
*laki org tu...bukannya bujang lg...x yah dok teruja sgt la kan...hahaha*
aku memang suka tgk incik2 pilot ni sebab dlu aku pernah berangan nak jadi pilot...
aku rasa aku akan jadi sangat kacak bila pakai uniform pilot tu...
*diri sendiri da la x bpe nak tinggi, mmg angan2 mat jenin la nak jadi pilot...lagi satu, pe kes nak jadi kacak kalau diri sendiri tu perempuan...keterujaan yg keterlaluan terhadap cita2 nak jadi pilot*
ttp cte pasal angan2 mat jenin aku tu...
first impression bila tgk cte ni, aku rasa cte ni mmg not bad la...
mmg ada unsur sweet dlm cte ni...
lepas la kalau nak layan mood jiwang masa dok sorang2...
aku nak cte panjang2 pun baru tgk 1 episod je...
untuk pengetahuan sape2 yg xtau, cte ni sebenarnya ditayangkan kat Astro Mustika HD channel 134 & ianya adaptasi dari novel bertajuk Adam & Hawa...
bagi sape2 yg xde Astro @ melanggan Astro tapi x subscribe channel 134 @ xde tv kat rmh tp korang ada internet yg x se'ayam' tenet rmh aku @ lagi bagus korang ada Unifi, bolehlah mula mendownload utk koleksi korang sebelum link2 ini dihapuskan...
klik sini untuk download --------> Adam & Hawa
setakat ni, link ni la yg xde masalah sgt nk mendownload...
bukan xnk support industri ngan tgk terus dari tv...
tapi sape suruh bijak sgt tayang kat astro mustika HD je...
da la rakyat malaysia ni ramai yg teruja tgk lakonan Aaron Aziz...
pe guna byr bil tenet ratus2 sebulan kalau x dimanfaatkan dgn mendownload...
ada gak hasil byr bil tiap2 bulan...
sinopsis cte ni :
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.
Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
*cte novel melayu ni mmg suka nama Mukhriz gamaknya*
------------------------------
sape2 nak baca novel ni, bolehlah order terus ngn alaf 21 kat sini -----> order
OST cte ni pun masyuk...
kalau rasa syok tgk cte ni, jgn lupa like pesbuk Adam & Hawa ------> FB Adam & Hawa
aku nak sambung mendownload & layan mood jiwang ngn cte ni...tata you olls...
p/s : entri plg byk hyperlink & kekucar-kaciran bahasa yg teruk gk...jgn tiru aksi tulisan entri ni dlm exam kalau nak excellent...
No comments:
Post a Comment