G.E.N.G

nuffnang

Tuesday, October 22, 2013

yang akan ku kenang sepanjang masa

tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat bermain...

5 tahun setengah pengajian kt Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu da nk hampir melabuhkan tirainya beberapa mggu je lg...

aku sebak...
aku sedih...
aku terharu...
aku gembira...
aku bersyukur...
aku seronok...
suma feeling bercampur baur...

aku sebak sebab nak tinggalkan tempat yg byk bg memori pahit dan manis sepanjang aku kat sni...
tempat yg byk ajar aku tentang kehidupan & persahabatan...
tempat aku kenal siapa kawan, siapa teman, siapa sahabat...

aku sedih sebab aku x pasti bila lagi akan berjumpa kembali dgn sahabat2 yg byk mengukir, memahat, melukis, menconteng, mencanting segala kenangan sepanjang aku kt sini...

aku terharu sebab x sangka aku dah hampir pada penamatnya...
aku sendiri x pernah terfikir akan menjadi seorang guru sebab aku pny cita2 adalah utk menjadi jurutera...
ntah pe mimpi smpai pernah jugak aku bercita-cita utk jadi tentera...

aku gembira sebab walaupn aku x dpt teruskan cita2 aku, tetapi aku tau ibu & abah suka dgn pilihan aku utk menjadi guru seperti mereka...
asalkan ibu & abah gembira...
itu lg penting sebab di situ letaknya keredhaan mereka trhadap pilihan aku...

aku bersyukur sebab kat sini aku dpt kenal siapa sahabat aku ketika gembira dan siapa sahabat aku ketika aku menangis...
yg membuatkn aku utk lebih tabah mengharungi kehidupan...
yg membuatkan aku utk lebih berhati2 dlm memilih kawan...
yg mengajar aku erti kepercayaan dlm persahabatan..

aku seronok sebab da hampir utk graduasi...
x sabar nak menyarung jubah dan lambung2 topi empat segi...
x sabar nak teruskan lagi pengajian...
tapi...
berdebar jugak la tggu tempat utk dipostingkan nnt...

x kisah lah bagaimana pun penghujungnya nanti, jgn dilupa di mana permulaannya...

jika penghujungnya kita bahagia, igtlah permulaannya bagaimana bahagia itu hadir dlm hidup kita...
jika penghujungnya kita ditipu, igtlah permulaannya kita terlalu mudah mempercayai org lain...
jika penghujungnya kita mempunyai sahabat utk berkongsi segala cerita, igtlah permulaannya kita sendri pernah rasa sangsi sebab pernah ditipu...
jika penghujungnya kita berjaya, igtlah permulaannya kita pernah bersusah payah untuk sampai ke puncak...
jika penghujungnya kita berada di puncak, igtlah permulaannya siapa yg memimpin kita utk sampai ke puncak...
jika penghujungnya kita tersungkur jatuh, igtlah permulaannya kita mungkin alpa ketika berada di puncak...

segalanya bermula di garisan permulaan...
andai kita kekal fokus, kita mampu sampai ke garisan penamat...
bukan cepat atau lambat jadi ukuran tetapi bagaimana cara yg kita lakukan utk sampai ke garisan penamat...

pergilah sejauh mana sekalipun, jgn dilupa di mana permulaannya...
kerana tanpa permulaan, xkan ada penghujungnya...

yeah! we are final year students!!!

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com