G.E.N.G

nuffnang

Saturday, July 19, 2014

misteri kehilangan

hampir mencecah 4 bulan aku menyepikan diri dari alam blogging...
ni kalau orang mengandung da masuk trimester kedua...hahaha...x pasal2 je...

maknanya da nak masuk 4 bulan la aku bekerja sebagai pendidik...
serius aku rasa mencabar betul jadi cekgu cekgi ni...
kadang2 rasa stress sampai ada makhluk syaitonnnirrajim tu datang bisik kat aku cepat2 la bersara awal...hahaha...

1 April 2014...
officially jadi cekgu kat SK Damansara Jaya 1...
first time cari sekolah ni dengan parents aku abes sesat barat kteorg...
mana x nya dalam gps aku sekolah ni dok kat KL wahhal sekolah ni kat daerah petaling jaya...
kebetulan aku ada member yang dapat SK Damansara Jaya 2...
dia dok call aku tanya da jumpa sekolah ke x...

aku pun dengan naifnya bagitau la kteorg sesat...
member aku tanya lokasi kteorg kat mana sebab sekolah kteorg ni lokasi sebelah menyebelah...
pom pam pom pam bgtau lokasi kat member sebab dia nak dtg pick up dengan pak cik dia...
rupa2nya lokasi aku tggu tu ada la dlm 300m je lagi nak sampai sekolah...
hahahaha...hampeh btol rasa...

bila sampai sekolah tu, aku pun tgk la signboard sekolah kteorg...


*gambar ni aku gugel je...malas nak pergi snap...hahaha*

tu signboard kantin sekolah kami...
yes...sekolah kami...
SK Damansara Jaya 1 & 2 berada dalam pagar yang sama...
berkongsi kantin, tandas guru & murid, kedai buku serta padang yang sama...oh ye...parking guru skali...
SKDJ 1 ada 2 blok dan SKDJ 2 ada satu blok sahaja...
bilangan murid sekolah aku dalam 200++ manakala SKDJ 2 dalam 100++...
setiap darjah satu kelas sahaja...
aku pun x faham kenapa sekolah kami dibezakan dengan angka 1 & 2...
padahal kalau gabung semua murid boleh dapat satu sekolah yang ada 2 kelas utk setiap darjah...
mungkin ada kisah di sebaliknya yang aku masih belum tahu...


petak kuning tu ialah tangga sekolah kteorg...
anak panah merah menunjukkan kawasan sekolah aku manakala anak panah biru ialah SKDJ 2...
bangunan sekolah aku lagi satu mengadap padang sekolah...
kawasan court ni merupakan tapak assembly kteorg...
SKDJ 2 punya tapak assembly kat kantin sekolah since sekolah dorang penghuninya x seramai sekolah kami...
ramai lerr sangat penghuni sekolah aku...kihkihkih....

see...betapa dekatnya jarak antara dua buah sekolah ni...
memandangkan suara aku ni ada masa tertentu memang macam speaker sket masa mengajar, member aku kat sekolah sebelah pun boleh dengar suara aku...
kecik2 dulu telan speaker wat gula2 agaknya...
sebab tu suara aku camni & sebab tu jugak la aku kena jadi cekgu...hahaha...
nak pergi makan sama2 pun xde hal...


aku ngn member berposing dekat tangga dalam petak kuning kat gambar atas tadi...
anak panah tu menunjukkan lokasi pejabat sekolah kteorg yg saling bertentangan mata...

memandangkan tarikh kemasukan aku kat sekolah ni memang kira macam perfect date jugak la untuk sekolah aku ni sebabnya ada sorang guru maths yang baru bertukar sebelum aku masuk ni...
kiranya aku ni macam replacement beliau la...

maka dengan itu, aku diberikan tanggungjawab berikut :
1) guru kelas 2 kreatif
2) ketua panitia matematik
3) guru matematik tahun 2 & 6
4) guru sejarah tahun 4
5) guru pendidikan moral tahun 1
6) setiausaha kurikulum
7) setiausaha linus
8) penyelaras permainan
9) penasihat bola jaring & tunas puteri

semangat aku request nak pengakap tapi x dapat dengan alasan semua pengakap sekolah ni lelaki...
alaaaaa....tiga sekolah aku pergi praktikum sebelum ni pun semua pengakap budak lelaki jgk tapi dapat je join...sobs...sobs..sobs....
xpe la...nak suruh aku jadi lebih feminin barangkali...kihkihkih...

maka bermulalah episod hidup aku sebagai cekgu di kota raya ni...
pepagi nak pergi sekolah da kena mengadap traffic jam...
lewat seminit pun da memberikan perbezaan yang amat ketara kat atas jalan raya...
angan2 aku nak pergi sekolah hirup udara segar x kesampaian lagi nampaknya...

chiao!!!

1 comment:

  1. Hye my little sister sekolah kat siru .. and saya pun pernah bersekolah lat situ kiranya all my adik beradik dan saudara sekolah kat situ ramai sangat student kat situ dulu sekarang je makin berkurangan

    ReplyDelete

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com