G.E.N.G

nuffnang

Wednesday, May 18, 2011

exam menjelang tiba

jap tulis jap hilang...suma ni gara-gara sibuk ngn mcm2 benda…bese la kt sini bila da nak hujung semester selalu sibuk ngn nak anta assignment, siapkan folder la…pastu tau-tau je da masuk study week…kalau da masuk study week tu aku cuma tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi nk exam…



*da nak exam ker???errr.....*

Kadang-kadang tu rasa mcm xde faham pape pn belajar sepanjang semester ni…dok sibuk sana-sini sepanjang sem…sape2 yg berhasrat nk masuk IPG ni, jgn ingat nk masuk IPG ni sebab nk relax study…study kat sini mmg totally tak sama dengan kehidupan member2 aku yang study kat university…

Kalau kat U, jadual kelas banyak senggang @ gap…kat sini kelas mula 7.45 pagi sampai 1.15 petang…

*seyes sebijik mcm zaman sekolah...lupa plak...cikgu kannnn.....*

kalau ada kelas petang sambung balik kol 2.30-4.30 plak…tak ketinggalan gak aktiviti ko-ko ngn unit beruniform yang memang wajib bagi semua orang…


bila da masuk program degree ni, setiap sem kena pegi sekolah…ada camping…wat aktiviti kemasyarakatan…tau2 third year da kna praktikal…semester akhir da kna wat thesis pulak…canggih kan?hahahaha….

Bab makan aku kureng sket kat sini…mana-mana IPG pn aku selalu dengar ada je masalah ngn kafe…kita kt sini kafe cuma ada satu je kat setiap institut…tak macam kat matrik @ universiti…


bila ada banyak tmpt makan ni, setiap kafe akan bersaing untuk tarik pelanggan…kalau da ada sebijik ni je, besenya permulaan je nampak superb…lama-lama serupa je ngn tender2 sebelum ni…
bila tak de persaingan, camni lah jadinya…

Ramai yang nk study kat IPG ni sebab nanti pas abes belajar boleh terus dapat keje…tu memang tak dinafikan lah…sijil degree ni pun memang ke arah untuk jadi cikgu…kalau apply nk jadi arkitek ke…engineer ke…apatah lagi doctor memang confirm la x dapat…berbeza dengan kat U…even kita ni sekelas kos yang sama, nanti keje belum tentu rezeki semua orang sama…

ntah nanti kawan kita tu dapat keje ngn gaji 3000++…ada kawan kita yg keje dapat gaji 1500++…yang lagi sedih langsung x dapat mana-mana keje…tapi kelulusan semua sama je….beza ngn jadi cikgu ni…

 permulaan gaji sama je setiap orang…perbezaan bila dapat  naik pangkat…atas rezeki masing-masing la…

Tapi walaupun suma kat sini memang sah2 jadi cikgu, matlamat pun tetap kena ada…matlamat tu biarlah nanti kita keluar sama-sama jadi cikgu tapi biarlah kita ni jadi cikgu yang mempunyai kelulusan yang cemerlang & mampu mendidik anak murid dengan baik…takkan lah selamanya kita ni nk ada kelulusan ijazah je sampai pencen kan? 



Kalau dulu bolehlah nk bangga sekampung dapat degree sebab boleh bilang ngn jari brape ramai je yang ada degree….tapi sekarang ni da ramai sangat...So, even kita ni cikgu, matlamat untuk belajar lagi tu biarlah sampai dapat PhD…tu gunanya dapat kelulusan cemerlang…barulah semangat tu lagi berkobar-kobar untuk terus sambung belajar….

p/s : Banyak pulak aku membebel...esok da start exam!!!!

by : serangkai 1

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com