selalunya org cakap perempuan ni cuma tau bawak je kete tapi maintenance haram jadah x reti...
hahaha...
nak buat camne da aku pun penah jadi camtu...
kete tiba2 xmo hidup lepas isi minyak...da la nak bukak tempat enjin tu pun satu hal x reti nak angkat bonet tu...susah betul...hahahaha...serius aku rasa mcm lumpy gler...
bese kalau kete rosak, tgk lady driver je mesti ada yg rajin nak dtg tlg tgk2...wakakaka...
konon nak dtg tnjk hero...skali tgk aku bawak kete auto...terus jadi x reti...kihkihkih...
xpe la brader...
sebenarnya memang dari sekolah menengah lagi aku minat nak blaja pasal enjin & komputer ni...
tapi masa ni mmg minat pasal enjin lg byk dr pasal komputer...
sebabnya aku lg ske deal ngn mesin dari aku ngadap org yg mcm2 ragam ni...
konon xnk keje deal ngn org skali amek kaww...last2 jadi cikgu...wakakaka...
lps pmr, aku apply sekolah teknik...
dgn konfidennya aku apply kursus vokasional automotif & aku diterima kottt...
tapi sygnya, surat tawaran aku tu incik abah dlu yg jumpe...
incik abah yg baca dlu isi kandungan surat tu...
abah mcm xnk bg je aku pegi blaja automotif tu walaupun sekolah tu bukan jauh pun dari rumah aku...
abah cakap kursus cmni utk bdk lelaki je...nnt dlm kls x psl2 aku sorg2 perempuan...
sobs...sobs...sobs...
gler x sedih xdpt pe yg aku minat...
aku nak blaja pasal enjinnnnnnn.....nakkkkkkkk....
terkubur la cita2 aku nak keje ngn proton...
huuuuuuuuuu....
sejak da dapat lesen, incik abah ada la jugak ajar aku sket2 pasal kete ni...
kenal2 organ dalaman enjin...
paling penting, aku da x noob pasal nak bukak bonet enjin...hahaha...
da blh bukak bonet enjin dgn penuh bergaya like a pro walaupun xde la pro pn psl enjin...
hahahaha...
sebelum ni da baca pasal penggunaan gear auto yg betul...
-------> penggunaan gear auto yg betul
so, kali ni baca pulak pasal cara nak jaga sistem brek...
harap2 membantu kita semua utk jaga kete dgn baik agar nnt kete x mkn tuan...
maksudnya xde la nnt tbe2 rosak terus yg teruk kaw2...kan naye nak tanggung kos repair nnt...
------------------------------------------
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta
anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara
minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek
berada di bawah paras minimum.
2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati
pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa
sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan
yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya
kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu
dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan
cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran
sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke
atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak
brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan
dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang
mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti
tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem
brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat
daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta
mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar
pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih
baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk
atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan
ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan
brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat
haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih
kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan
mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans
akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di
atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek,
sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta
anda.
11. Sekiranya suka memandu laju dan secara agresif, tukar
pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U.
Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut
logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam
keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih
cepat apabila pedal ditekan.
12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar
kereta untuk ditukar minyak enjin, minta
mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek
ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark
plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.
Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain
perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar
minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk
diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.
-------------------------------------------------------
sekian dari bengkel alam maya...hikhikhik... :)