G.E.N.G

nuffnang

Wednesday, March 12, 2014

kesan tidur berlebihan

sebelum ni masa study dulu, settle segala assignments je, dua perkara yg akan aku wat...kira cam konon2nyer reward utk diri sendiri la lepas berhempas pulas berjaga tiap2 malam menaip assignments...

padahal da tau lama dateline tu tp bese la kan..selagi belum cecah dateline, idea xdenyer nak mencurah-curah ke ladang gandum ni...idea bila keje last minit ni ibarat air yg mencurah-curah mcm paip pecah...

reward pertama, pegi makan tempat best2 yg jarang2 aku pegi...tekak aku ni kalau hari2 telan masakan sndri je kdg2 dtg gak boring tu...so, as reward, aku belanja la perut aku ni makan ala2 western ke...chinese style ke...tekak melayu aku ni kdg2 gedik xmo telan nasi gak...kihkihkih...

reward kedua, opkos qada' tido...lagi2 kalau assignment tu dateline before weekend..alamatnya weekend aku akan jadi sgt x produktif sbb asyik tdo je...hahaha...pastu mula la lemau...ting tong je rasa...lg2 kalau terbabas tdo lepas asar...mmg bahana gler kalau tdo lepas asar...blh mental kejap...


sebenarnya memang x elok pun tdo berlebihan ni...wat badan jadi lemah...kurang tdo pun x elok...kalau nak derma darah, tdo x ckup ni menyebabkan haemoglobin darah x berkualiti...tu kalau baru sekali wat...kalau hari2 acaner? x ke menjejaskn kesihatan nanti...heartbeat pun problem klu tdo x ckup...

jeles dgn baby...tdo siang malam pun steady je lg...hahahaha...

---------------------------------

KESAN TIDUR BERLEBIHAN

Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.

1.Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.

2.Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.

3.Mudah lupa

Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.

4.Kenaikan berat badan

Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.

Nota dari Utusan Malaysia

Kredit : Dr Zubaidi B Ahmad


---------------------------------

sila jaga waktu tido anda demi kesihatan yg lebih berkualiti...

sekian khidmat kaunseling alam maya yg x bertauliah...hehehe...
peace yawww!!! :P


No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com