G.E.N.G

nuffnang

Sunday, June 9, 2013

resepi : homemade ice-cream

sebelum ni asyik tgk je resepi homemade ice-cream ni...
rasa nak try wat tapi malas sebab nk membekukan ais krim tu nak kena semalaman...
bapak ler lama weyhhh....

tapi ntah knpa tbe2 tergerak hati nak try wat gak homemade ice-cream ni lps tgk satu entri kat FB...
ada satu page FB ni kalau aku dok usha2 lama sgt mmg terus aku terasa nak try makanan yg display kat page tu...
skali skala try la terjah page ni... -----> Buku Resepi
kompem meleleh air liur...hahaha



dek kerana terpesona dgn gambar ais krim kat page tu, aku pun terus try buat...
bahan2 mmg simple je...
tapi yg x menahannya nak kena tggu semalaman utk bekukan ais krim ni...
mostly semua resepi pun mmg kna bekukan semalaman...
kalau rasa malas nak tggu tu, pergi beli yg da siap kat kedai tu je...hahaha...

resepi ni kopipes dari sini ----> homemade ice-cream
aku derhaka sket ngn resepi asal sebab berangan nak buat ais krim ala2 paddle pop yg rainbow tu...
hahaha...
so, ais krim yg aku wat ni perasa vanila ngn strawberi...kaler je nk meriah...

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je)
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet


ni rupa ovalette..cari kat bhgn bakery klu kt supermarket...
xpn pegi kedai bahan2 bakeri, ckp je nak ovalette...

1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry

Cara-caranya:
-Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
-Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
-Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
-Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
-Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
-Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
-Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian



kaler yg aku guna...
suma perisa vanila kecuali
yg pink tu perisa strawberi

-Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
-Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
-Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
-Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis



ni akibat apabila byk sgt main masa
kelas pendidikan seni dulu...hahaha

-Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
-Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.(disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman)





selamat mencuba!! =)

4 comments:

  1. meleleh air liur tgk aiskrem ...huhuh

    ReplyDelete
  2. kihkihkih...tadah sket air liur tu jgn bg meleleh...

    ReplyDelete
  3. ovalette tu halal x?
    sbb ade yg x halal kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah halal...nk lg yakin cari yg ada logo halal...yg dlm gmbr tu amk yg google je..

      Delete

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com