G.E.N.G

nuffnang

Saturday, December 11, 2010

7 Watak Kartun Animasi Paling Popular


Banyaknya watak kartun yang sudah diwujudkan di dunia daripada Doraemon, Sin Chan, Superman, Spiderman dan banyak lagi. Namun, seringkali kita tertanya apakah watak kartun animasi yang paling popular. Kartun Raya Upin Ipin ke? Untuk itu, mari jenguk 7 Watak Kartun Animasi Paling Popular.


7. Eric Cartman


South Park, satu nama rancangan animasi kartun yang kian meningkat naik. Walaupun tidak mendapat siaran kelulusan tayangan di Malaysia, rancangan ini terus mempopularkan Eric Cartman di seluruh dunia.

Eric Cartman (Cartman), seorang budak gemuk yang seringkali menjadi bahan ejekan rakan-rakan. Dia juga tidak pandai dan selalu membuat perkara yang membuatkan dirinya tidak masuk akal. Dia tinggal dengan ibunya dan mempunyai due ekor haiwan peliharaan, Kitty, seekor kucing dan Fluffy si anak babi. Walau apa pun kelemahan Cartman, dia tetap menjadi pujaan kerana peribadinya yang sangat melucukan.

Antara perkataanya yang paling popular:

“Screw you guys. I’m going home.”
“I want cheesy poofs!”
“Sweet!”




6. Donald Duck

Donal Duck dikenali kerana suaranya yang sangat unik. Terhasil daripada karakter kartun Walt Disney Productions, Donald sentiasa ceria sebagai itik putih gebu dengan muncung berwarna kuning. Selalunya Donald memakai baju pelayar, dengan topi dan ‘bow’ berwarna merah. Apa yang lebih melucukan, sikap Donald yang cuba mendapatkan kekasih hatinya, Daisy Duck.



5. Spongebob

Gelagat Spongebob sebagai hanya seorang span yang sangat gembira dengan hidupnya di dasar laut, bersama Patrick, si tapak sulaiman sentiasa melucukan di dunia luar biasa Bikini Bottom. Mula ditayangkan pada tahun 1999, dengan hanya tempoh masa sepuluh tahun, Spongebob Squarepants berjaya menambat jutaan hati penonton. Melalui tarikan istimewa ini juga, tidak dapat dinafikan kenapa rancangan “Spongebob Squarepants” menjadi siri Nickelodean paling popular untuk generasi Y.


4. Superman

Superman adalah superhero pertama dunia yang menempa nama dihasilkan oleh pelukis Kanada, Joe Shuster dan penulis Amerika, Jerry Siegel. Dilahirkan seawal tahun 1932, Superman terus popular menerusi banyak pengeluaran seperti figura, komik, video game dan poster disamping terlibat dalam rancangan tv bersiri dan francais filem. Apa yang menjadi tarikan utama adalah identiti Superman yang dikatakan bukan berasal daripada bumi dan wanita hangat pujaannya, Lois Lane.


3. Batman

Walaupun Superman dilahirkan dahulu, nampaknya, Batman berjaya memastikan ia lebih popular. Batman diwujudkan oleh pelukis Bob Kane and penulis Bill Finger, pertama kalinya diterbitkan pada bulan Mei, 1939 7 tahun selepas kewujudan Superman.

Apa yang membuatkan Batman menarik adalah kerana identiti rahsianya, Bruce Wayne dimana, tidak seperti superhero yang lain, Batman tidak pernah mempunyai kuasa ajaib. Sebaliknya, Batman banyak menyelesaikan masalah melalui ilmu penyiasatan, sains dan teknologi.
Kejayaan batman mengatasi Superman banyak dibantu oleh kejayaan francais filemnya, yang terakhir melalui lakonan berkesan Heath Ledger sebagai the Joker.


2. Mickey Mouse

Mickey Mouse dilihat sebagai ikon utama Disney. Menurut Disney World, Mickey Mouse secara rasminya dilahirkan pada 18 November, 1928. Popularitinya jelas apabila gambar Mickey Mouse menjadi yang paling banyak diterbitkan di dunia mengatasi Jesus dan Elvis Presley. Mickey Mouse juga telah terlibat dalam lebih 120 kartun Disney selain menjadi tarikan utama di rumah mewahnya di serata dunia digelar, Disneyland.


1. Homer Simpson

Kemeriahan watak kartun dunia semestinya tidak akan sama tanpa Homer Simpson. Tanpa wajah yang kacak, dada bidang ataupun kekayaan menggunung, Homer Simpson diangkat sebagai watak animasi paling berpengaruh abad ini oleh badan terkemuka dunia. Bukanlah seorang bapa pujaan, tetapi Homer Simpson terus unggul membesarkan anak-anaknya di kota kecil, Springfield dalam suasana harmoni yang mengambarkan kehidupan bahagia berkeluarga. Mungkin juga kelucuannya yang bersahaja yang menambat hati jutaan manusia sejak Simpson diwujudkan pada tahun 1989, 464 episod yang lalu.


by: serangkai 2 

No comments:

Post a Comment

Copyright (c) All Right Reserved by garisanhorizon.blogspot.com