aku ada kawan...
dia ada kawan...
mereka ada kawan..
kamu ada kawan...
semua org ada kawan...
aku kecewa sebab aku punya kawan yg makan kawan...
aku kecewa sebab aku ditinggalkan kawan kerana kekasih..
aku kecewa sebab aku x lagi punya saat utk bergembira bersama kamu...
---------------------------------------------------
terfeeling lebih sket...hehehe...
saje nak emosi sket sebab frust dgn certain member ni...hahaha...
nama dan lokasi dirahsiakan...
kalau dia baca, harap dia paham pe aku rasa...
masalahnya, nak ke dia baca blog kudus aku ni...hahaha...
----------------------------------------------
situasi 1
Kawan A
kalau ajak A ni pegi makan, karaoke, shopping or jalan2, dia la yg akan paling bersemangat...dia jgk la yg akan bersiap se'superb' yg boleh sebab nak nampak outstanding dari org lain..tapi, bila aku ada masalah, A ni jugak la yg paling semangat...paling semangat nak cabut lari awal...paling semangat nak nyorok dari aku hatta ke bawah meja pun dia rasa nak sorok...masa2 camni, dia la yg paling x outstanding
Kawan B
kalau ajak B ni pegi makan, minum2 or pape je la yg boleh, dia ok je...aku ajak on the spot pun xde hal kalau...sauk je mana2 baju yg ada...bila aku ada masalah, walaupun x dpt nak tlg selesaikannya, still bg pendapat yg munasabah...paling x pun, sudi menadah telinga dgr aku bebel2 masalah aku...
kesimpulannya : secara kasarnya, A ni, kau kentut je dia da lari jauh2...tapi B ni kalau kau kentut, dia x lari tapi sanggup hadam je bau busuk tu...
----------------------------------------------
situasi 2
Kawan A
kau memang kenal A...walaupun kau kenal A, kau jarang habiskan masa dengan A untuk kongsi detik2 gembira atau suka duka kau...satu hari, kau dilanda musibah...walaupun kau dgn A jarang meluangkan masa bersama-sama, tetapi A sanggup meluangkan masa dengan kau utk hadapi musibah yg melanda sehingga masalah kau selesai...
Kawan B
hari2 kau bercakap dengan B...makan sama2...lepak sama2...byk benda korang wat sama2...senang cte, mana ada B, di situ jugak la kau ada...macam belangkas (acaner rupa belangkas ni eh? hahaha)...tapi, satu hari kau dilanda musibah...B tetap ada dengan kau tetapi perlahan-lahan B cuba menjauhkan diri...kesudahannya, kau keseorangan menghadapi musibah...
kesimpulannya : kadang2 org yg kita rasakan paling rapat tu la yg akan jadi org yg paling jauh bila kau susah sebab kadang2 yg paling jauh dengan kita yg akan jadi paling rapat bila kita susah...
-------------------------------------------------
situasi 3
Kawan A
kau ada kekasih hati tapi A still single...sebab nak jaga hati kawan, kau bahagi2kan masa utk diri sendiri, family, kekasih hati, kawan2 termasuklah A...untung2, kalau kawen nanti, insan2 ni dapt sama2 memeriahkan suasana gittewww haaaa....bila A sakit, kau sanggup cancel agenda lain sebab nak teman A...bila A dapat kekasih hati jugak, kau la org pertama yang dikhabarkan berita tersebut...dan kini A da pun melangkah ke alam perkahwinan...walaupun A da berubah status, kau dengan A still happily ever after berkawan...
Kawan B
kau ada kekasih hati tapi B still single...kau sentiasa bahagikan masa agar kau dapat luangkan masa sama2 dgn B utk elakkan B feeling forever alone...bila B sakit, kau cancel agenda lain supaya kau dpt teman B...bila B da ada kekasih hati jugak, kau la org pertama dikhabarkan berita tersebut...sejak B da ada kekasih hati, hubungan B dengan kawan2 len termasuklah kau mula renggang...B kini lebih banyak habiskan masa dgn kekasih hati berbanding kawan2 yg lain...
kesimpulan : jgn tinggal kawan utk kekasih hati yg belum lagi sah milik kita...
----------------------------------------
kehidupan kalau xde ragam camni, x syok...xde thrill...hahaha...
aku harap aku dpt jadi kawan yg baik utk kwn2 aku...
aku tau aku bukan kawan yg baik sebab aku suka buat keje gila...hahaha..x suma kawan2 aku yg sggp jadi gila sama2 ngn aku...x suma kawan2 aku yg boleh tahan perangai gila2 aku...
well...this is me...
I may look like a naughty one, but I do care people around me as long as they care about me too...
"jangan tertekan bila lihat rakan-rakanmu sudah bernikah, biar tertekan bila lihat rakan-rakanmu bergomol serupa sudah bernikah" - kitab terfaktab #2
sekian dari dokter chenta...wakakaka...
No comments:
Post a Comment