bila kau sign surat perlantikan sebagai pendidik--
beringatlah;
kau juga seorang kerani untuk buat report yang tak ada
function mana selain masuk fail orang atasan,
seorang cleaner yang perlu memastikan bilik darjah kau tak
macam stor rumah kau,
seorang interior designer yang perlu merombak susunan meja
dan perabot2 kelas dari masa ke semasa,
seorang kaunselor pada anak murid yang jadi nakal sebab
kurang kasih sayang dan perhatian di rumah,
seorang babysitter yang kalau tercalar secalit je pun boleh
setimpal dengan dibuang kerja.
dan rata2,
ketika pencen,
belum tentu mampu pakai kereta jepun yang sederhana classy--
nak milik rumah dua tingkat corner tepi apatah lagi.
jadi tanyalah diri itu;
kenapalah aku nak jadi cikgu.
penghargaan paling2 pun "terima kasih, cikgu" pada
hari guru. atau ketika ucapan "bagaimana mendapat keputusan
cemerlang". itu pun kalau teringat lepas penat bercerita tentang bangun
malam dan doa ibu bapa semua.
jadi cikgu bukan kerjaya--
tapi pilihan cara hidup.
kalau rasa tak kuat--
jangan buat.
by : fynn jamal
No comments:
Post a Comment