projek masa cuti sekolah tu keje men masak2 je ngan adik aku...
al-kisah tergerak ati nak wat butter cake ni pun sebab konon2nyer nak wat layer basic utk truffle / triffle utk bday kteorg...aku xtaw la mana satu ejaan yg betul...wakakaka...
nak wat pun senang je sebab bahan2 yg digunakan pun senang nak cari...
bahan-bahan:
230gm butter
200gm telur (lebih kurang 4 biji gred B)
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
cara-cara:
1) ayakkan tepung...letak ke tepi...
2) asingkan putih telur dan kuning telur dalam bekas yang berbeza...
3) pukul putih telur sampai kembang...putih telur ni x jatuh bila diterbalikkan kalau da kembang...masukkan 50gm gula kaster sikit demi sedikit...
4) dalam bekas berbeza, pukul mentega dan 150gm gula kaster sampai kembang. Kemudian, masukkan esen vanila...
5) masukkan telur kuning satu persatu ke dalam adunan mentega & terus pukul adunan tersebut...
6) masukkan separuh tepung ke dalam adunan. Masukkan susu 2x sebelum dimasukkan baki tepung...
7) masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung sikit demi sedikit...
8) kaup balik adunan sehingga sekata...
9) sapu loyang dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung pada keliling loyang...
10) tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170 darjah celcius lebih kurang 45 minit atau sehingga masak..suhu boleh dikurangkan pada 15 minit terakhir...
biarkan kek sejuk dalam 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang...kalau biarkan lama dalam loyang kek susah nak kua kot...hahaha...aku x igt sebab pe x blh bia kek lama2 dalam loyang...
ni la hasilnya...
skill food presentation aku still x power lagi...wakakaka...
ni cubaan kedua buat kek ni...yg ni versi bakar guna oven...
tapi mmg gebus la ini kek...aku suka layer atas skali tu...hahaha...
halusssss je rasa....kihkihkih...
yang ni pulak cubaan pertama aku wat butter cake...disebabkan aku x berani wat kek yg guna oven, aku try kukus...selalu aku wat kek pun memang kukus je sebab bila kukus ni risiko utk hangus rendah sket berbanding bakar guna oven...kukus guna api sederhana & kukus dalam sejam...aku suka versi kukus sebab lagi terasa moist kek ni...tp dua2 cara pun tetap hasilkan butter cake yg gebus...
sumber rujukan resepi ----> resepi butter cake
sekian dari masterchef yg xbpe nak master lagi...
No comments:
Post a Comment